Anifah menang, SPR kalah, Karim Bujang bayar kos guaman RM105,000
15:08 Aug 16, 2019  |  By SabahKini2
 Anifah menang, SPR kalah, Karim Bujang bayar kos guaman RM105,000

Bagaimanapun bagi kerusi Kimanis, pihak Anifah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

KOTA KINABALU: Kemenangan Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Parlimen Kimanis, Sabah adalah terbatal.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Lee Heng Cheong pada hari ini membuat keputusan berkenaan selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar Negeri, memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi. Beliau mendapat 11,942 berbanding 11,786 undi yang diraih oleh calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.

Pada 18 Jun lalu, Karim menamakan Anifah sebagai responden pertama, manakala Pegawai Pilihanraya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Bagaimanapun pihak Anifah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 14 hari dari keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Lee Heng Cheong.

Peguam Anifah, Ansari Abdullah  berkata bekas Menteri Luar itu berjaya membersihkan namanya dari dakwaan rasuah pilihanraya dan Datuk Karim Bujang perlu membayar kos guaman RM105,000. 

6 Comments