PM kata Kerajaan Sabah (Warisan) bukan kami Menteri Pusat kata VK Liew bidas Daily Express
20:08 Aug 18, 2019  |  By SabahKini2
PM kata Kerajaan Sabah (Warisan) bukan kami Menteri Pusat kata VK Liew bidas Daily Express

[VIDEO] VK Liew dan Darell Leiking membidas James Sarda dan Daily Express kononnya yang disebut PM adalah 'Kerajaan Sabah' bukannya Menteri Pusat. Tapi lupa mereka tetap Menteri Warisan yang gagal!

 

Sumber Video - KiniTV Malaysiakini


KOTA KINABALU: Laporan Daily Express ‘Sabah Leaders didn’t complain: Dr M, 17 Ogos lalu nampaknya mengundang rasa tidak senang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong terhadap Ketua Pengarang Daily Express, James Sarda yang kononnya memutar belit laporannya tentang kenyataan Perdana Menteri yang didakwa berkata menteri Kabinet dari Sabah tidak membangkitkan isu-isu tentang negeri ini.

Datuk Liew Vui Keong menyelar Daily Ekpress dan James Sarda kerana dikatakan laporan itu tidak profesional dan meminta editor tersebut meminta maaf serta menarik balik laporannya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darrel Leiking turut menghentam Daily Express dengan berkata:

“Saya dan rakan-rakan dari Borneo Sabah dengan tegas menafikan konteks laporan tersebut yang menunjukkan seolah-olah kami tidak pernah mengambil berat atau membangkitkan isu Sabah dalam Kabinet,” katanya.

Portal Borneotoday dalam laporannya mempertahankan Datuk Liew Vui Keong itu cuba mengaitkan Ketua Pengarang Daily Express James Sarda adalah pro UMNO dengan Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.  

Gambar James Sarda cuba dikait pro pembangkang

Namun tidak pula dibangkitkan oleh portal itu bahawa James Sarda dan Daily Express pernah disaman oleh Datuk Seri Ismail Sabri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika itu gara-gara laporan makan malam ‘telur penyu’

 
James Sarda dan Daily Express disaman Menteri UMNO. Apakah kerana mereka lapor
tak memihak Kerajaan Warisan maka Daily Express bukan pro Warisan?

Ini menunjukkan Akhbar Daily Express sentiasa melaporkan sesuatu yang lain dari lain. Dan mengapa pula pemimpin Warisan tidak senang dengan laporan itu.

Dr Mahathir menjawab soalan yang dibangkitkan wartawan bahawa sebagai kerajaan yang menjadi rakan Pakatan Harapan pandangan mereka sekurang-kurangnya diambil kira atau dipertimbangkan dalam keputusan-keputusan besar seperti levi pelepasan, pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pengenalan tulisan Jawi di sekolah rendah tahun depan, katanya:

“Setahu saya, mereka (Kerajaan Sabah dan Menteri PH Sabah) tidak berkata apa-apa”. Kata Tun Dr Mahathir.

Menurut Datuk Liew Vui Keong, Perdana Menteri dengan jelas berkata: “Kerajaan Sabah (Warisan) dan bukannya kami Menteri Persekutuan”.

Dalam satu video KiniTV yang tular [Video Di atas] Tun Dr Mahathir jelas menyebut kerajaan Sabah tiada mengadu dan membincangkan dengannya namun tidak salah dirujuk dan ditafsir bahawa tiada pemimpin kerajaan sama ada negeri atau menteri dari Sabah yang berbincang dengannya. Kerajaan Sabah yang dimaksudkan ialah Kerajaan Warisan. Datuk Liew Vui Keong dan Datuk Darell Leiking adalah Menteri dari Warisan.

Malah Tun Dr Mahathir dengan jelas tidak mahu slogan ‘Sabah for Sabahan’ ‘Sarawak for Sarawakian’.

“Kita tak mahu Sabah untuk orang Sabah, Sarawak untuk Sarawak, kita Malaysia”. Katanya

Jadi laporan Daily Express yang dikata VK Liew da Darell Leaking tidak wajar serta ditarik balik atau dibetulkan itu sangat tidak berasas kerana ia jelas merujuk kepada kerajaan Warisan Sabah serta Menteri Warisan yang gagal memimpin negeri Sabah. 

"Jangan sekat media dan halang rakyat bersuara". kata netizen lama facebook

 

Comment