Tiada laporan tak mahu saman kerana RM50 ribu Fred bolot sorang-sorang!
00:12 Dec 09, 2017  |  By SabahKini2
Tiada laporan tak mahu saman kerana RM50 ribu Fred bolot sorang-sorang!

16 hari sudah berlalu. Tiada laporan Polis, SKMM atau saman mahkamah. Hanya penafian daripada Fred Gabriel mengadu sebagai fitnah dalam media massa saja yang ada

Sejak dilaporkan 23 November lalu Parti Warisan haram yang dijual oleh Fred Gabriel Presiden Parti Pembangunan Warisan Sabah kepada Dato' Seri Shafie Apdal RM500 ribu nampaknya tiada laporan polis dan tindakan undang-undang dibuat oleh Fred berhubung laporan itu.

16 hari sudah berlalu. Tiada laporan Polis, SKMM atau saman mahkamah. Hanya penafian daripada Fred Gabriel mengadu sebagai fitnah dalam media massa saja yang ada. Bagaimanapun tidak menutup keraguan ahli Warisan sekarang. Kenapa Fred Gabriel takut? sebabnya dia memang terima wang. Jika dlapor pastinya siasatan menyeluruh akan dibuat. Fred hanya mampu berdiam diri

Sumber dalaman Warisan mendedahkan RM50,000 yang diambil oleh Fred mengundang perpecahan dikalangan AJK lama dan baru. Mereka mempersoalkan integriti Fred Gabriel 'makan seorang' duit jual parti itu. Shafie dikatakan memujuk dan membuat pembayaran kepada AJK lama yang tidak berpuas hati daripada membuka mulut.

Loretto Damien S. Padua JR Setiausaha Agung Parti Warisan Haram yang dibongkar sebagai anak PTI Filipina dapat Projek IC terus berdiam diri hanya Ismaily Bongsu Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal yang menjawab bagi pihaknya. Beliau sendiri gagal menjawab isu parti Warisan yang sepatutnya jawatankuasa baru perlu dibuat dalam AGM Warisan.

Warisan berusaha agar isu dalaman parti tidak bocor dan bakal mengundang masalah kepada Warisan yang kononnya bakal mengadakan AGM selepas tahun kewangan berakhir disember ini. 

UMNO sendiri sebagai sebuah parti besar kedudukan Timbalan Presiden UMNO-kini Dato' Seri Zahid Hamidi pun diputuskan dalam AGM untuk Presiden serta Timbalan dipilih tanpa pertandingan. 

Bagaimana Shafie Apdal boleh dilantik sebagai Presiden serta AJK yang lain tanpa melalui AGM? Ia satu pelanggaran peraturan dalam Perlembagaan parti sendiri. 

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) janganlah bersikap dwitstandard. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mereka ambil tindakan tetapi Parti Warisan mereka pejam mata.

 

 

30 Comments