SPR kalah Kimanis: Integriti SPR terjejas jika tidak membuat rayuan?
12:08 Aug 20, 2019  |  By SabahKini2
SPR kalah Kimanis:  Integriti SPR  terjejas jika tidak membuat rayuan?

Jika Datuk Anifah Aman boleh memenangi kes daripada tuduhan rasuah pilihanraya mengapa tidak SPR boleh membuktikan mereka tidak bersalah dalam mengurus pilihanraya. Kekalahan SPR membawa persoalan besar kepada integriti SPR jika tidak merayu. Memalukan!

KOTA KINABALU: Media melaporkan peguam Datuk Seri Anifah Aman menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah di Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tengku Fuad Ahmad berkata, pihaknya sudah bersedia memfailkan notis rayuan terhadap keputusan berkenaan, namun mahu menunggu sehingga SPR menyatakan keputusan sama ada turut memfailkan rayuan atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, SPR hanya membuat keputusan dalam minggu ini sama ada mereka juga mahu membuat rayuan.

“Berdasarkan undang-undang, kita ada masa 14 hari dari tarikh keputusan itu untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, notis rayuan berkenaan akan difailkan di Kota Kinabalu.

“Sama ada SPR membuat rayuan atau tidak, ia tidak menjejaskan hak Anifah untuk membuat rayuan.

“Ini disebabkan keputusan hakim memberi kesan secara langsung terhadap hak dan kedudukan Anifah sebagai Ahli Parlimen Kimanis yang dipilih,” katanya.

Jumaat lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya menolak kemenangan Anifah pada PRU-14 kerana didapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya berkenaan berikutan petisyen dikemukakan bekas calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang.

Hakim Lee Heng Cheong membuat keputusan itu selepas mendapati kesilapan pada semua kotak undi yang mempunyai unsur manipulasi, termasuk kertas undi tambahan yang melanggar undang-undang pemilihan.

Karim memfailkan petisyen pada 18 Jun tahun lalu bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan menamakan Anifah sebagai responden pertama dan pegawai pilihan raya untuk Kimanis serta SPR sebagai responden kedua dan ketiga.

Pada PRU-14, 9 Mei tahun lalu, Anifah memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi.

Anifah memperolehi 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail yang menerima 1,300 undi.

Integriti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Netizen berpendapat jika SPR tidak membuat rayuan ia akan lebih menjejaskan kredibiliti badan itu dalam mengurus pilihanraya di negara ini.

Sebelum ini peguam Anifah, Tengku Fuad Ahmad, berkata pempetisyen itu menuduh Anifah melakukan rasuah dan amalan rasuah.

“Mahkamah menolak tuduhan itu, yang bermaksud Datuk (Anifah) tidak melakukan apa-apa yang salah dan dia seorang calon yang baik. Dalam hal ini, pempetisyen, (Datuk Karim Bujang) perlu membayar Anifah sebanyak RM105,000.

“Pempetisyen itu juga mendakwa SPR melakukan perkara yang salah ketika pilihan raya berkenaan di kampung Brunei dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cheng Meng yang mana ada 284 kertas undi tambahan di dalam kotak undi yang mana cukup untuk menjejaskan keputusan pilihan raya,” katanya

Netizen antara lain mempersoalkan mengapa peguam SPR kalah dalam kes ini sedangkan peguam Anifah memenangi kes.

Peguam SPR diwakili oleh Faizal Sarbi dan Abdul Fikri Jaafar.

Dalam satu komen facebook warganet mempersoalkan bagaimana boleh berlaku kertas undi tambahan jika kertas undi yang keluar dimasukkan dalam tong sama.

“.. Kalau ikut perbicaraan pasti kamu mengetahui cerita sebenar. Ada pertambahan undi atau tidak. Macam mana tambah undi jika kertas undi yang dikeluarkan dan dimasukkan dalam tong sama, setiap parti ada wakil dalam setiap saluran undi.

Yang silap pegawai SPR dalam mengisi borang telah mencampurkan uNdi adun dengan MP. Sepatutnya berasingan. Jadi jumlah undi jadi dua kali ganda. Dan ini diperakui oleh saksi karim”. kata komen itu.

Oleh itu SPR wajar merayu kes ini begitu juga Anifah Aman. SPR tidak boleh melepas tangan pada kekalahan yang memalukan mencerminkan integriti SPR. Jika SPR tidak berbuat demikian maka ini mengesahkan SPR memang mempunyai agenda tersendiri untuk mengaku kalah lebih awal pada perkara teknikal pilihanraya.

Jangan sampai nanti SPR dikaitkan dengan kepentingan Warisan seperti adik Datuk Azis Jamman yang kini Timbalan Pengarah di SPR tidak mahu melawan kes itu kerana faktor Warisan.


Norlinah Jamman Timbalan Pengarah Akademi Pilihanraya Malaysia antara pegawai yang dikaitkan

dengan kemenangan Azis Jamman di Sepanggar. Apakah beliau membantu Kimanis?

 

 

 

2 Comments