Tanpa temuduga! Syed Saddiq monopoli lantik 13 Armada Bersatu sebagai Pegawai Gred 29 KBS
06:08 Aug 20, 2019  |  By SabahKini2
Tanpa temuduga! Syed Saddiq monopoli lantik 13 Armada Bersatu sebagai Pegawai Gred 29 KBS

Selain Syed Saddiq cuba memberi pekerjaan Gojek kepada anak muda Syed Saddiq diam-diam melantik 13 Pegawai KBS Gred 29 dari Armada Bersatu tanpa temuduga terbuka.

Gagal dalam kempen memberi pekerjaan anak muda 1 juta kepada anak muda dengan  gaji RM2500 sebulan selepas PRU14, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan berhasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai ojek kepada anak muda. 


Kredit gambar- Media Sosial

Namun dalam masa sama tular satu surat makluman pelantikan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS Negeri seramai 13 orang yang majoritinya monopoli Armada Bersatu. Menjadi persoalan tanpa temuduga terbuka sudah tidak adakah lagi anak muda lain dari parti komponen PH yang tidak layak? Bukankah Menteri kata memberi pekerjaan kepada anak muda Malaysia yang layak? 

Semakan menunjukkan 13 orang yang dilantik Syed Saddiq adalah ahli ARMADA Bersatu di setiap negeri, malah hampir kesemuanya adalah Ketua ARMADA Bahagian dan beberapa yang EXCO ARMADA Nasional.

Tujuan Syed Saddiq mungkin memberi pekerjaan namun apabila majoriti dari Armda maka ramai menganggap ini adalah tindakan kronism melampau oleh seorang Ketua ARMADA Bersatu dan Ketua Pemuda PH yang berpangkat Menteri Belia dan Sukan.

Syed Saddiq menyalahguna kuasa sebagai Menteri Belia & Sukan dan Ketua ARMADA Bersatu dengan melantik secara langsung ahli ARMADA Bersatu sebagai Pegawai Gred 29.

Boleh semak FB mereka dengan jelas mereka adalah ahli ARMADA seperti dalam senarai :

Johor - https://www.facebook.com/khisie.kaizer

Kelantan - https://www.facebook.com/wan.hanzalah

N. Sembilan - https://www.facebook.com/profile.php?id=100001582525985

Pahang - https://www.facebook.com/hafis.mohaz

Penang - https://www.facebook.com/shameer.sulaiman.5

Terengganu - https://www.facebook.com/luqman.dalizan

Selangor - https://www.facebook.com/aril.apiz

Perak - https://www.facebook.com/firdausmatazahar

Kedah - https://www.facebook.com/firdaus.daus.77

Melaka - https://www.facebook.com/chey.rodzi

WPKL - https://www.facebook.com/alan.m.raman

Sabah - https://www.facebook.com/omeytopo

Perlis - https://www.facebook.com/mrsyazwanfahmi

Kepada warga Jabatan Belia dan Sukan negeri-negeri, ketahuilah bahawa esok 21 Ogos nanti akan ada seorang pegawai bercop ARMADA di dahi mereka akan melapor diri.

Berhati-hatilah dengan mereka. Kumpul segala bukti yang ada dan laporkan bila ada sebarang penyelewengan. Kalau sampai lembu Qurban pun mereka boleh jual untuk tampung kos pejabat Bersatu, faham-fahamlah sejauh mana mereka boleh bertindak.

Kalau di pejabat KBS ramai kroni mungkin perkara biasa namun kini pejabat JBS di negeri juga dimonopoli. Untuk apa letak kroni di setiap JBS Negeri? Pastinya kesetiaan dalam bekerja dan memudahkan segala urusan Menteri KBS itu.

31 Oktober 2018 Syed Saddiq pernah menasihati ahli politik terutama daripada pihak kerajaan tidak menerima jawatan presiden bagi mana-mana persatuan sukan.

Katanya lantikan politik dalam satu persatuan sukan sebenarnya memberikan implikasi besar kepada industri sukan tersebut.


Kini bukan sahaja dalam Persatuan Sukan dalam Jabatan Kerajaan lagi

Ini katanya berlaku situasi di mana apabila ahli politik menjadi pengerusi bagi persatuan sukan akan menyalah guna kepentingan mereka untuk meminta peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Namun kini sesuatu yang sangat pelik berlaku iaitu Armada Bersatu dilantik sebagai Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS Negeri. Apakah ini tidak akan berlaku kepentingan sukan nanti apabila pegawai Armada Bersatu meminta peruntukan dengan Menteri KBS?

15 Comments