Itu video baru! Hajiji dilantik Pengerusi Bersatu Sabah 6 April, mengapa Shafie berbohong?
16:08 Aug 22, 2019  |  By SabahKini2
Itu video baru! Hajiji dilantik Pengerusi Bersatu Sabah 6 April, mengapa Shafie berbohong?

Betulkah video lama? Hajiji sebagai Pengerusi Bersatu Sabah pun baru 4 bulan dilantik. Jika Shafie menyentuh Hajiji sebagai tidak berkuasa itu bermakna video itu ketika Hajiji sah dilantik Pengerusi.Isunya mengapa Shafie berkata demikian?

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal akhirnya menjawab isu video beliau menyamakan PPBM dengan Umno dengan mengatakan tersebar di laman media sosial itu adalah video lama.

[ARTIKEL BERKAITAN-(VIDEO) Bersatu itu UMNO! siapa memerintah si Hajiikah atau saya kata Shafie Apdal ]

Bercakap kepada pemberita selepas Shafie, yang juga presiden Warisan, berkata ucapannya dalam video itu dibuat ketika PPBM melebarkan sayapnya ke Sabah.

“Sebelum ini, kami memahami PPBM tidak akan masuk ke Sabah.

“Tetapi itu cerita lama. Hari ini kita bersama, jadi kita akan bekerjasama dengan PPBM di negeri ini,” katanya.

Menerusi klip 2 minit itu menunjukkan Shafie berbual dengan beberapa wanita Bersatu 

“Ini Bersatu adalah UMNO…Jadi, kenapa kamu ikut Bersatu ” soalnya.

Namun persoalannya benarkah video itu video baru? Atau video itu memang ketika Datuk Hajiji Mohd Noor sebagai Pengerusi Bersatu Sabah.

Kronologi Kemasukan Parti Pribumi Bersatu Sabah

Disember 2018- Beberapa MP, Adun dan Ketua Bahagian keluar UMNO.

Desas-desus kemasukan Bersatu ke Sabah sudah mula bermain penghujung tahun 2018. Namun yang mengetuainya masih samar.

Februari 2019- Desas desus pelantikan Penyelaras Bersatu dari pelbagai pihak termasuk nama Datuk Hajiji Mohd Noor Malah nama Datuk Lajim Ukin juga dikaitkan selepas pembubaran Parti Harapan Rakyat Sabah.

6 April 2019 - Pelancaran Parti Pribumi Bersatu di Penampang Sabah dirasmikan oleh Pengerusi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Datuk Hajiji pada hari yang sama diumum sebagai Pengerusi Bersatu Sabah.

25 Mei 2019 - 25 Ketua penaja bahagian BERSATU Sabah terima watikah pelantikan.

Bermakna Datuk Hajiji telah dilantik sebagai Pengerusi Bersatu Sabah telah 4 bulan. Tidak terlalu lama dan tidak terlalu baru.

Video yang tersebar menyebut Hajiji sebagai Pengerusi bermakna video ini dirakam selepas 6 April 2019 pelancaran Bersatu yang telah mengesahkan Datuk Hajiji sebagai Pengerusi.

Sama ada video lama atau baru, jika video itu dirakam selepas 6 April 2019, isu lebih besar ialah apa motif Shafie Apdal menghasut ‘Bersatu adalah UMNO’? bukankah ini menyinggung juga pemimpin Bersatu pusat? Apakah Bersatu pusat juga UMNO?

Tun M sudah berkali-kali menyatakan kemasukan Bersatu bukan bersaing dengan Warisan. Shafie juga telah maklum malah Tun M telah memanggilnya berhubung isu itu.

Mengapa selepas semua itu Shafie masih bercakap Bersatu itu UMNO? kenapa kerangka dendamnya tak padam terhadap Bersatu? Jika Bersatu dan Warisan sudah dalam komponen yang sama apa perlu Shafie mengulangi semua tuduhan Bersatu adalah UMNO?

“Alasan itu cerita lama hanyalah alasan untuk menyelamatkan diri dari dikecam, kantoi mengata Bersatu adalah UMNO, sepatutnya wanita yang berjumpa itu perlu tampil ke depan menyatakan yang benar mengenai video itu”.

“Alasan video lama juga melucukan bukan tahun lalu dan juga Mac kerana Hajiji dilantik sah sebagai Pengerusi Bersatu Sabah 6 April 2019, baru 4 bulan.” kata Hafizi seorang pengguna facebook

 Semalam Datuk Seri Hajiji mengulas video itu dan berkata perbandingan Shafie Apdal itu mengenai Bersatu dan Umno itu salah.

"Bersatu adalah Bersatu, Umno adalah Umno. Ia parti berlainan, dengan kepimpinan dan perjuangan yang berlainan. Menyamakan Bersatu dengan Umno menunjukkan Shafie tidak faham perjuangan Bersatu...," katanya

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie salah bandingkan Bersatu dengan UMNO kata Hajiji]

Shafie salah bandingkan Bersatu dengan UMNO kata Hajiji

 

4 Comments