Selepas tular isu Voon Tin Yow CEO Sime Darby Property selain kritikan Kadir Jasin dan Rais Yatim akhirnya Wan Hashimi pemangku CEO tampil menafikan dakwaan dan berkata ia khabar angin.
KUALA LUMPUR: Berita mengenai pelantikan Datuk Voon Tin Yow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property Bhd adalah spekulasi semata-mata, dan pihak pengurusan syarikat hartanah berkenaan tidak mengetahui mengenainya.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi AlBakri Wan Amin Jaffri, berkata pihaknya tidak mengetahui sama ada Tin Yow akan dilantik untuk menerajui barisan pengurusan tertinggi pemaju hartanah itu.
[ARTIKEL BERKAITAN- Jual aset, lantik Dato' Voon Tin Yow CEO, Sime Darby kini milik DAP! ]
Namun, tegasnya, pengumuman rasmi hanya akan dibuat Sime Darby Property apabila tiba masanya.
“Buat masa ini ia hanya khabar angin. Di negara ini, khabar angin pada dasarnya sangat berleluasa, kadang-kandang ia betul, kadang-kadang sebaliknya,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan Sime Darby Property bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai desas-desus pelantikan Tin Yow sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property dengan ditawarkan gaji RM265,000, sekali gus membelakangi Ketua Pegawai Eksekutif Bumiputera yang layak.
Pengakuan Datuk Wan Hashimi AlBakri Wan Amin Jaffri mengesahkan dia sebagai pemangku tidak tahu menahu mengenai pelantikan yang disusun oleh Tan Sri Zeti Pengerusi PNB yang dikaitkan dengan 'tangan ghaib' DAP itu.
Semalam portal Berita Harian melaporkan Tun Dr Mahathir Mohammad tidak tahu mengenai pelantikan Jalil Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB kerana tidak dimaklumkan oleh Tan Sri Zeti termasuk melantik Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd berkuat kuasa 31 Oktober ini.
Zeti memandai? Apakah di Sime Darby juga memandai?
Mengenai adakah benar gaji Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property dalam RM60,000 sebulan dan gaji yang dicadangkan untuk Ketua Pegawai Eksekutif baharu lebih RM260,000, Wan Hashimi berkata, ia kurang tepat dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Tin Yow ketika ini adalah Pengarah Eksekutif Eco World Development Group Bhd dan mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri pembinaan dan pembangunan hartanah.
Eco World sejak 2016 dilaporkan berminat dengan penggabungan Sime Darby Property namun ia tidak berlaku dan kini cubaan melantik Datuk Voon Tin Yow adalah satu usaha menguasai Sime Darby dari dalam oleh Tan Sri Liew Kee Sin Pengerusi Eco World
Setakat 31 Julai 2019, pemegang saham utama Sime Darby Property ialah Permodalan Nasional Bhd dengan memiliki 56.6 peratus kepentingan; diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan memegang 11.1 peratus kepentingan dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak 4.8 peratus.
Sime Darby Property, pemaju hartanah terbesar di Malaysia dari segi jumlah simpanan tanah, kini membangunkan 23 perbandaran/ pembangunan aktif dengan pencapaian global merangkumi aset dan operasi merentasi rantau Asia Pasifik dan United Kingdom.