Tular Surat Indonesia penculikan Abu Sayyaf, ESSCOM siap sedia
11:09 Sep 02, 2019  |  By SabahKini2
Tular Surat Indonesia penculikan Abu Sayyaf, ESSCOM siap sedia

Menurut surat itu tujuan kumpulan Abu Sayyaf adalah untuk melakukan penculikan dengan sasaran kapal Batubara, tenker, nelayan kapal lengkong dan kapal tarik udang.

Sejak semalam tular surat pemberitahuan oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia menyatakan tiga kelompok Abu Sayyaf dilaporkan telah melakukan pergerakkan ke perairan Malaysia pada 30 Ogos lalu.

Menurut surat itu tujuan kumpulan Abu Sayyaf adalah untuk melakukan penculikan dengan sasaran kapal Batubara, tenker, nelayan kapal lengkong dan kapal tarik udang.

Surat itu memaklumkan wilayah sasaran kolompok berkenaan ialah di Bakongan, Berhala, Sandakan, Mamiang, Tembiasan dan Taganak.

Susulan tular surat itu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilaporkan sentiasa siap sedia menghadapi ancaman jenayah kumpulan pengganas Abu Sayyaf khususnya di perairan pantai timur Sabah.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali berkata kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sentiasa diutamakan

“Kita sentiasa waspada dan bersiapsiaga sebarang ancaman penjenayah khususnya Abu Sayyaf di perairan negeri ini,” katanya.

“Setakat ini negatif’

“Bagaimanapun kita berwaspada".  katanya

 

 

Comment