Setiausaha Politik Anwar Farhash serang jurulatih tinju hingga cedera kemaluan
15:09 Sep 03, 2019  |  By SabahKini2
Setiausaha Politik Anwar Farhash serang jurulatih tinju hingga cedera kemaluan

Baru saja bebas dari penjara kerana kes video Semburit kini Farhash Setiausaha Politik Anwar yang juga Pengerusi PKR Perak disiasat polis lagi kerana kes pukul jurulatih tinju di Ampang.

KUALA LUMPUR: Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, 37, terbabit dalam kejadian menyerang seorang jurulatih tinju di sebuah kompleks sukan di Taman Dagang Permai, Ampang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, salah seorang dari sekumpulan antara 12 hingga 14 lelaki dipercayai menolak muka mangsa berusia 29 tahun yang sedang menguruskan perlawanan tinju ‘Muay Thai’ anak didiknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata akibat insiden berkenaan pengurusan kompleks sukan meminta mangsa dan suspek beredar dari kawasan berkenaan.

“Mangsa kemudian menuju ke arah tempat letak motosikal di luar kompleks sukan sebelum diserang sekumpulan 10 lelaki yang bersenjatakan pisau, topi keledar dan kerusi.

“Pada masa sama tiga rakan mangsa cuba menghalang insiden berkenaan namun gagal sehingga mangsa mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan iaitu koyak pada bahagian tisu pinggang, luka di tubuh badan serta sakit di bahagian kemaluannya.

“Sehubungan kejadian ini, pihak polis meminta suspek Farhash Wafa Salvador, untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

LAPORAN PENUH- MAKLUMAN KES MERUSUH MENGGUNAKAN SENJATA

Ampang Rpt : 19842/19

Tarikh : 1/09/2019

Sek : Sek 148 KK

IO : Insp Louis Moh Chung Wen

SIO : ASP Mohd. Shahrul Nizam

 

Pengadu:

Nama: Muhammad Syafiq Bin Jamaludeen

No. Kpt: 900526-10-5805

Kerja : Jurulatih Boxing

Alamat: No 41, jalan SB 2/5, Taman Sungai Besi Indah 43000 Seri Kembangan

Suspek:

Nama: Farhash Wafa Salvador (Nama di FB : Farell Elders Salvador)

No KPT: 8207050-08-6435

Kerja : Pengerusi MPN PKR Perak / Setiausaha Politik

Tempat Kejadian:

Kompleks Sukan Destar Arena Jalan Putra Taman Dagang Permai, Ampang, 68000 Ampang Selangor.

Ringkasan  Kes:

Pada 31.08.2019 jam lebih kurang 2100hrs, semasa pengadu berada di Kompleks Sukan Destar Arena Jalan Putra Taman Dagang Permai untuk menguruskan perlawanan Muay Thai/ Tinju anak didiknya, tiba-tiba 1(L) yang di kenali nama: Farell Elders Salvador (010-7775050) datang menghampiri pengadu dan terus menolak muka pengadu dan ketika itu berlaku kekecohan dan menyebabkan pihak penganjur minta pengadu beredar dari kawasan itu.

Pengadu telah pergi ke tempat letak m/sikal di luar kompleks Sukan Destar, didapati sekumpulan lelaki lebih kurang 10 orang datang dan salah seorang pengadu kenali iaitu Farell Elders Salvador mahu menyerang pengadu dan pengadu nampak mereka membawa topi keledar, pisau dan kerusi. Ketika itu ada 3 rakan pengadu (nama: Fahim, Zahid, Anam) berada dengan pengadu dan mereka cuba menghalang dari berlaku pergaduhan.

Rakan-rakan pengadu tidak dapat menghalang kerana mereka terlalu ramai dan pengadu terus di pukul. Pengadu nampak pengawal peribadi Farell memegang pisau dan mengacu kepada pengadu dan suspek lain terus memukul pengadu dengan helmet dan kerusi.

Akibat daripada kejadian ini, pengadu mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang, luka di bahagian anggota badan dan sakit di bahagian kemaluan pengadu.

Hasil Siasatan:

Punca pergaduhan adalah disebabkan sebelum ini pengadu pernah mempunyai masalah dengan Farell kerana telah mencabul kehormatan isterinya namun kes telah selesai dan pengadu tidak dituduh di mahkamah.

Premis berhampiran tempat kejadian mempunyai CCTV dan dalam semakan untuk dapatkan salinan rakaman. Pengadu dan rakan-rakan dapat mengecam suspek yang terlibat.

Rakaman percakapan pengadu dan semua saksi telah diambil. Pengadu telah dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan. Suspek sedang dikesan untuk dibuat tangkapan segera.

Siasatan masih diteruskan.

3 Comments