KJ dalang kehancuran MPM: Rasuah 25,000, kawtim MSN, sekongkol CEO Naza, Ng Keng Chuan
08:09 Sep 04, 2019  |  By SabahKini2
KJ dalang kehancuran MPM: Rasuah 25,000, kawtim MSN, sekongkol CEO Naza, Ng Keng Chuan

Sejak awal KJ lah dalang melingkupkan MPM. Bayar RM25K untuk dilantik Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Berkerusi Roda Malaysia (MWRF), kawtim MSN untuk bertanding Presiden MPM. SM Nasaruddin & Ng Keng Chuan berkeras mahu KJ. Kini MPM bakal digantung..

Kuala Lumpur: Selepas proses mediasi menemui kegagalan 13 Ogos lalu, kini hanya dua cara yang tinggal buat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan kemelut dalaman badan induk berkenaan.

Pertama dengan meminta kata putus daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman manakala kedua, memanjangkan isu kelewatan borang pencalonan beberapa calon ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

“Sebenarnya, dalam peraturan perlembagaan 26.3 MPM dengan jelas menyebut hanya menteri dan Mahkamah Timbang Tara Sukan sebagai pilihan yang ada sekiranya proses mediasi gagal,” kata sumber MPM

Dalam satu surat Pejabat Pesuruhjaya Sukan bertarikh 30 Ogos 2019 yang tular semalam memaklumkan Jawatankuasa Mediasi MPM diketuai oleh Senator YB Bathmavathi Krishnan gagal mencapai persetujuan diantara kedua-dua pihak.

KJ dalang kehancuran MPM

Difahamkan kumpulan asal MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalannya John Ng Keng Chuan  bertegas untuk membawa Khairy Jamaluddin terus bertanding sebagai Presiden MPM termasuk pihak-pihak yang lewat menghantar borang bertanding.

Sejak kes ini berlarutan KJ adalah dalang  kepada kemelut MPM sekarang. Beliau mengatur semuanya termasuk dakwaan penglibatan Ketua Pengarah MSN dan pegawai kanannya dalam meluluskan KJ bertanding. Terdedahnya emel dalaman SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalannya John Ng Keng Chuan berpakat membawa pegawai MSN adalah bukti campur tangan KJ sedang menyusun semuanya. Hal yang demikian telah didedahkan oleh portal MalayaInsider.com.

Dalam satu emel NS Nasaruddin dengan Team KJ yang bocor mendedahkan pelan NS Nasaruddin untuk memenangkan KJ dalam AGM MPM.
Beberapa pegawai MSN dan KBS dinamakan untuk membantu kemenangan KJ. Emel itu turun disalinkan kepada Jason Lo salah seorang
orang kanan KJ 
untuk AGM MPM.

Selepas cuba menangguh AGM, gagal dalam mediasi, terdapat pula cubaan melanggar peraturan apabila AJK MPM berusaha mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa MPM semata-mata demi Khairy Jamaluddin yang diragui baru-baru ini kerana tiba-tiba menjadi Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Berkerusi Roda Malaysia (MWRF) tanpa bertanding AGM

“Mana boleh buat EGM sebab sudah pilih mediasi. Malah ia juga tidak mendapat sokongan majoriti ahli gabungan apabila hanya 11 persatuan bersetuju. Banyak kesilapan dilakukan di dalam MPM. Sekarang ini, sudah kacau bilau.

“Banyak benda salah. Apa motif jawatankuasa MPM ini nak melakukan EGM. Mereka seperti cuba menegak benang yang basah, saya sendiri sudah bosan,” kata sumber itu.


Arahan Presiden - CEO NAZA SM Nasaruddin untuk AGM Luar Biasa selepas Mediasi MPM 13 Ogos

Sebagai rekod, Jawatankuasa Mediasi ditubuhkan untuk mencari penyelesaian bagi kemelut yang dihadapi MPM selepas timbul isu membabitkan kelewatan beberapa individu dalam menghantar borang pencalonan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 29 Jun lalu 

Ini selepas Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) mengemukakan bantahan terhadap pencalonan yang diterima MPM selepas tarikh tutup pencalonan.

Pemilihan baharu MPM bagi penggal 2019-2023 sepatutnya berlangsung pada 29 Jun lalu namun AGM itu ditangguhkan selepas timbulnya isu kelewatan penghantaran borang pencalonan oleh calon presiden dan timbalan presiden.

PPS memandang serius kegagalan mediasi MPM dan menyatakan kemelut ini merugikan semua pihak terutamanya atlet serta pihak kerajaan yang membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Menurut Asmadi Mohammad pegawai Pesuruhjaya Sukan, kegagalan MPM menyelesaikan pertikaian ini menyebabkan penggantungan boleh diambil terhadap MPM berdasarkan Seksyen 20 (1A) Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018

SPRM perlu siasat KJ

SPRM juga didesak agar menyiasat kemelut MPM ini kerana terdapat elemen salah guna kuasa AJK MPM diketuai SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Timbalannya John Ng Keng Chuan (cubaan menggunakan pegawai MSN) serta dakwaan Khairy Jamaluddin memberi rasuah RM25,000 kepada Persatuan Ragbi Berkerusi Roda Malaysia (MWRF) yang melantik KJ secara tiba-tiba sebagai Timbalan Presiden demi melayakkan KJ bertanding.


Dari seorang Menteri KBS yang berkuasa tiba-tiba menjadi Timbalan Presiden di NGO Sukan...pelik


SPRM, PPS tak minat nak siasat? ini adalah salah guna kuasa..

Bagaimana bekas Menteri boleh merendahkan diri setahap Timbalan Presiden Persatuan dengan hanya membayar RM25,000 untuk masuk bertanding Presiden sebuah NGO?  Pembayaran RM25 ribu ini terdedah melalui tangkap layar aplikasi whatapps MWRF.  Kerana KJ beri wang maka KJ sudah jadi Timbalan Presiden? Ini sangat memalukan. SPRM perlu siasat akaun MWRF. Benarkah wang RM25 ribu itu dimasukkan dalam akaun MWRF?



Tidak lain motif KJ ialah menghancurkan MPM selepas itu akan menyalahkan Menteri KBS Syed Saddiq sebagai salah kerana menggantung MPM. PPS kelam kabut memberi pandangan dan akhirnya Syed Saddiq dilihat lemah. Wal hal isunya mudah. KJ tak layak bertanding dan tak boleh masuk. Apa perlunya ahli politik dalam MPM? selain mahu mendapat pengaruh dan memperalatkan badan sukan. Kalau MPM digantung atau batal siapa rugi? atlet dan badan sukan. KJ tetap untung kerana dia ahli parlimen. Dia sedikit pun tidak terjejas. Badan sukan pula gigit jari. CEO Naza pula tetap untung dia berniaga. 

 

 

1 Comment