Lagi kejayaan arahan Lim Guan Eng DAP, Skim pencen dihentikan tahun depan
03:09 Sep 05, 2019  |  By SabahKini2
Lagi kejayaan arahan Lim Guan Eng DAP, Skim pencen dihentikan tahun depan

Siapa sangka berita skim pencen yang dinafikan oleh JPA tahun 2018 kini menjadi berita benar. Skim pencen dihentikan. Selepas berjaya melaksana pelan kawalan saiz penjawat awam sebagaimana mana kehendak DAP beribu orang dihentikan. Kini pencen pula...

PUTRAJAYA – Skim Pencen Perkhidmatan Awam tidak ada lagi mulai tahun depan. Ia akan diganti dengan mekanisme baru membabitkan peantikan baharu dalam sektor itu.

Itu apa yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah sebagai langkah yang dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun.

Siapa menyangka berita skim pencen yang dinafikan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 8 September 2018 tahun lalu adalah palsu kini sebenarnya adalah benar-benar belaku.

Bagaimanapun menurut Datuk Seri Borhan Dolah, JPA masih memperhalusi cadangan itu dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan, katanya.

Jika dilaksanakan, ia tidak dilakukan dalam skala besar.

“Contohnya, seperti tentera ketika ini yang mempunyai lantikan jangka pendek dan jangka panjang, yang mana jangka pendek adalah tidak berpencen.

“Jadi, lantikan baharu ke dalam perkhidmatan awam selepas ini mungkin kontrak saja, tetapi ia akan dipadukan supaya lebih menarik dengan gaji lebih baik, perlindungan kebajikan dan keselamatan dalam pekerjaan.

“Mungkin juga ada perkhidmatan tertentu saja yang akan kita lantik tetap. Lantikan tetap ini juga mungkin boleh kita jadikan dua versi iaitu lantikan tetap berpencen dan tidak berpencen.

“Jadi, akhirnya kita lihat untuk jangka masa panjang kerajaan tidak akan tanggung beban pencen,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (HRMC) 2019

Cadangan pengurangan penjawat awam dan juga memansuhkan pencen adalah sejajar dengan hasrat DAP di negara ini. Sebagaimana arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2019 skim pencen dikatakan sebagai beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Jadi tidak menghairankan jika arahan Lim Guan Eng ini dipatuhi dan kertas kerjanya sedang dibuat oleh pasukan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah.Borhan sendiri telah menjelaskan pihaknya sudah membentangkan kertas awalan merangkumi pelbagai opsyen ke arah mengurangkan bebanan pencen kerajaan kepada jemaah Menteri dan Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam.

“Tetapi ia belum dimuktamadkan dan kita diminta untuk terus lagi memperbaiki serta memperhalusi pelbagai opsyen yang diberikan dan keputusan akhirnya akan dimuktamadkan oleh kerajaan.

“Bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun dan kita mahu lihat mekanisme supaya kerajaan kurang dibebani dengan perkara ini.

“Jika boleh cecah penjimatan RM5 bilion setahun kepada kerajaan pun adalah baik tetapi ini semua bergantung opsyen yang dipilih,” katanya.

Awal Mac 2019 media melaporkan selepas kemenangan PH Mei 2018 lebih 40 ribu telah dibuang kerja khususnya penjawat awam yang dikaitkan dengan agensi politik. Malah dilaporkan JPA akan membuang lagi 80 ribu orang. Mungkin jumlah itu kini bertambah selepas kontrak pegawai tamat dan tidak disambung.

[ARTIKEL BERKAITAN- JPA akan buang 80 ribu lagi penjawat awam sebagaimana arahan DAP ]

 JPA akan buang 80 ribu lagi penjawat awam sebagaimana arahan DAP

 

17 Comments