Fathia hina polis LEMBAP wajar ditangkap
05:12 Dec 10, 2017  |  By SabahKini2
Fathia hina polis LEMBAP wajar ditangkap

Bagaimanapun dalam satu kenyataan itu Fathia turut menghina anggota polis sebagai “LEMBAP NAK AMBIL TINDAKAN”. Polis wajar siasat jika Fathia berbohong burukkan imej polis.

PETALING JAYA: Gara-gara mulut celupar artis Bigo kontroversi Fathia Latiff dalam komen media sosial Fathia mendedahkan beliau telah diugut oleh seorang pelakon lelaki sehingga beliau merasa trauma dengan kejadian tersebut.

“Saya baru sahaja diserang oleh seorang individu berkepala botak, selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu berhati-hati.

“Dia cuba mengugut saya dengan berkata, 'jangan sampai peluru aku sampai kat kau'.

"Saya masih trauma,” tweetnya.

Fathia dalam masa sama menunjukkan senjata parang dalam keretanya bersiap sedia menghadapi ancaman.

Tambah pelakon berusia 30 tahun itu, dia mengenali nama lelaki yang menyerangnya itu, namun enggan mendedahkannya atas sebab tertentu.

Lokasi kejadian juga tidak didedahkan.

Fathia bagaimanapun buat masa ini enggan mendedahkan identiti individu berkenaan. Fathia juga tidak membuat laporan polis.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan itu Fathia turut menghina anggota polis sebagai “LEMBAP NAK AMBIL TINDAKAN”.

Fathia lebih rela menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan dirinya.

Pihak polis wajar menyiasat dakwaan Fathia ini sama ada palsu atau benar sehingga menghina anggota polis sebagai lembap dan membawa senjata berbahaya dalam kenderaannya. Coretan Fathia ini dikhuatiri mempunyai niat untuk menjejaskan imej polis memandangkan Fathia adalah artis yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Jika dakwaan Fathia adalah palsu tindakan tegas wajar diambil terhadap artis liar yang pernah menari separuh bogel dalam applikasi Live Bigo bulan lalu ini.

 

 Live Bigo Fathia mengaku video separuh bogel dan banyak lagi video lebih ganas.

 

5 Comments