Dulu Warisan kata Filipina tidak mahu terima pemegang IMM13 namun disanggah Filipina sebagai tidak benar. Kini dengan PSS pemegang IMM13 tidak perlu balik lagi. Boleh terus berkahwin dan beranak-pinak di Sabah.600 ribu PTI dapat manfaat.
Sebagaimana pertemuan Shafie Apdal dan Duta Besar Filipina ke Malaysia Charles C. Jose pada Februari lalu bahawa tuntutan Filipina terhadap Sabah tidak pernah digugurkan. Sabah pula berjanji memberikan dokumen kepada PTI Filipina bagi memudahkan mereka dikenal pasti.
[ARTIKEL BERKAITAN- Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah]
Pengumuman Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr adalah selaras dengan
Duta Besar Filipina ke Malaysia Charles C. Jose Febuari lalu bertemu Shafie
Kini Filipina melalui kenyataan terbaru dibuat oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr pada 4 September mengesahkan semula tuntutan Filipina terhadap Sabah selepas wakil rakyat Lanao del Norte, Khalid Dimaporo bertanya sekiranya Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) ada memperuntukkan dana untuk Sabah.Filipina masih bertegas Sabah sebahagian dari Filipina.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf, dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak terhadap negeri Sabah.
“Negeri Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Fakta ini telah diiktiraf dan diterima oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
"Oleh itu sebarang kenyataan yang merujuk atau mengaitkan tuntutan tidak wajar akan ditolak, (dianggap) sebagai tidak mesra dengan Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar berkata Malaysia meletakkan kepentingan tinggi dan amat menghargai hubungannya dengan Filipina, secara dua hala dan sebagai rakan kongsi dalam Asean, di samping sebagai rakan anggota lain-lain organisasi serantau dan antarabangsa.
Hari ini disaat tuntutan Filipina terhadap Sabah, Kerajaan Warisan mencadangkan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) untuk mendaftarkan semula 600,000 PTI di Sabah dengan memansuhkan IMM13, Surat Burung-Burung dan Kad Banci.
Dengan keputusan itu bermakna tiga dokumen akan ditarik balik.
[ARTIKEL BERKAITAN- 600 ribu PTI pemegang ‘tiga dokumen’ bakal diberi Pas Sementara Sabah (PSS) ]
Cadangan Kerajaan Warisan kepada Kerajaan Pusat diluluskan- PTI senyum girang
Pemimpin pembangkang daripada PBS dan Presiden STAR Datuk Jeffrey Kitingan berkata pelaksanaan PSS akan lebih memburukkan keadaan malah meningkatkan populasi PTI.
[ARTIKEL BERKAITAN- PSS plan looks very suspicious, says Jeffrey ]
Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN sebelum ini berkata Filipina tidak mahu menerima rakyatnya yang memiliki IMM13 namun dibidas oleh Filipina sebagai tidak benar dan mereka masih menerima pemegang dokumen IMM13 sebagai rakyat Filipina. Oleh tu kerajaan PH -Warisan mencadangkan PSS sebagai ganti dari tidak perlu menghantar pemegang IMM13 kembali ke negara asal.
Apa motif kerajaan Warisan? Kini IMM13 kekal tinggal di Sabah dengan PSS