Warisan pertahan Kimanis milik Karim 5 Penggal 'Kaki Rasuah', Bersatu tuntut kerusi, BN, Anifah masih memerhati
12:09 Sep 13, 2019  |  By SabahKini2
Warisan pertahan Kimanis milik Karim 5 Penggal 'Kaki Rasuah', Bersatu tuntut kerusi, BN, Anifah masih memerhati

Sekalipun masih menunggu keputusan rayuan Datuk Seri Anifah perebutan kerusi Kimanis antara Warisan dan Bersatu sudah bermain di media massa. Warisan dijangka mengekalkan Karim Bujang bekas ADUN 5 penggal yang gagal serta mengkayakan diri sendiri

Nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah dan Warisan bertelagah lagi tentang calon PRK Kimanis.

Bersatu dilaporkan berhasrat mengemukakan senarai calon kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) jika berlaku pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Kimanis.

Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, terdapat beberapa calon layak untuk diketengahkan sebagai calon BERSATU yang dilihat mampu memastikan kerusi itu milik PH.

"Bagaimanapun, kita menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan PH membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon BERSATU atau tidak sekiranya PRK Kimanis diadakan.

"Apa pun keputusannya, kita terima dan pada masa sama kita (BERSATU) akan menyokong siapa saja calon yang terpilih dari parti komponen atau pun rakan PH bagi memastikan kerusi Kimanis milik PH," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program Jelajah Pimpinan BERSATU Sabah ke BERSATU Bahagian Kimanis di Dewan Kampung Pimping 11 September lalu.

Warisan melenting

Bagaimanapun hasrat Bersatu itu dibidas oleh Warisan. Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah Datuk Dr Yusof Yacob menganggap hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah untuk meletakkan calon sekiranya berlaku pilihan raya kecil (PRK) Kimanis adalah terlalu awal.

Menurut Dr Yusof kepimpinan Bersatu negeri yang diketuai oleh Datuk Hajiji Mohd Noor sebaliknya diminta menumpukan kepada usaha membantu kerajaan negeri pimpinan Warisan memenangi kerusi Kimanis bukannya mengemukakan senarai calon kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Terlalu awal untuk beliau mengemukakan calon Bersatu untuk menguji kekuatan di Kimanis jika berlaku pilihan raya kecil akan datang.

“Dalam keadaan sekarang kita berharap supaya Bersatu Sabah membantu menguatkan kerajaan negeri hari ini, lagipun Bersatu masih baharu,” katanya

Kenyataan keras Wira Warisan

Turut memberi kenyataan lebih keras ialah Timbalan Ketua Wira Warisan, Mohd. Ismail Ayob yang berkata, selepas jentera Parti Warisan Sabah bekerja keras di mahkamah, kenapa tiba-tiba sahaja pemimpin Bersatu Sabah tampil seperti mahu memungut hasil daripada perjuangan orang lain.

Katanya, pemimpin Bersatu Sabah juga perlu sedar diri bahawa mereka adalah bekas pemimpin UMNO yang menjadi lawan Warisan di Parlimen Kimanis dalam pilihan raya umum lalu.

“Bersatu Sabah sepatutnya menunjukkan keikhlasan mereka dengan memberikan sokongan penuh kepada calon Warisan yang akan bertanding di Kimanis kelak sebagai bukti kehadian mereka di Sabah adalah untuk membantu kerajaan yang ditunjangi Warisan di negeri Sabah,” katanya

Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan bekas calon UMNO, Datuk Seri Anifah Aman di Parlimen Kimanis selepas disahkan wujud perlanggaran undang-undang pilihan raya.

Bagaimanapun Datuk Seri Anifah Aman membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan Hakim Mahkamah Pilihanraya itu.

Jika PRK Kimanis

Dalam keadaan pertelagahan Warisan dan Bersatu mengenai calon jika berlaku pilihanraya peluang sesiapa bertanding di Kimanis masih terbuka termasuk dari Datuk Seri Anifah sendiri, calon Barisan Nasional (UMNO) juga calon bebas.

BN sebelum ini turut mengumumkan bersedia meletakkan calon jika pilihan raya kecil diadakan di Kimanis.

Apa Karim Bujang buat 5 penggal di Kimanis?

Karim ialah ketua Umno Kimanis sebelum Anifah dan juga adun Bongawan di bawah Parlimen Kimanis. Beliau menyandang kerusi itu selama 5 penggal sejak 1990, tetapi beliau digugurkan pada pilihan raya umum 2013.

Rakyat Kimanis boleh melihat pencapaian Datuk Seri Anifah Aman tetapi 3 penggal sudah berjaya memajukan Kimanis berbanding Datuk Karim Bujang selama 5 penggal

Apa Karim buat selain 5 penggal mengkayakan dirinya dengan rumah mewah RM8 juta di Putatan, buat resort di Kg Binsuluk serta menjadi Pengerusi Sabah Port Sdn Bhd.

5 Penggal sebagai wakil rakyat apa Kimanis dapat? jadi pengerusi Sabah Port kenyang sendiri.

Kisah skandal rasuah dan kemewahannya boleh dibaca dalam artikel Sabahkini2.com sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Pilih Karim yang kayakan diri 5 penggal terlibat rasuah atau Anifah yang majukan Kimanis? ]

Pada tahun 2005 Karim Bujang menjadi bualan dan kontroversi apabila dikaitkan dengan Kes Rasuah serta kekayaan melampau. Ketika sebagai Pembantu Menteri Pelancongan Sabah, Karim sudah mampu membina rumah bernilai RM8 juta selain memiliki Resort di Binsuluk. Beliau disiasat oleh BPR (kini SPRM) ketika itu yang memungkin sebab salah satu namanya digugurkan sebagai calon Pilihanraya.

7 Comments