Azmin bohong! Kakak dan abang iparnya hanya dipanggil beri keterangan bukan direman SPRM!
17:12 Dec 10, 2017  |  By SabahKini2
Azmin bohong! Kakak dan abang iparnya hanya dipanggil beri keterangan bukan direman SPRM!

Kakak Azmin dan suaminya Mohd Noriyualsaid tidak direman kerana hanya membantu siastan. Namun Azmin berbohong untuk cipta persepsi

KELANA JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil kakak sulung dan suaminya ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubungan siasatan kes lombong pasir haram anaknya Nuzul Fadli. 

Bagaimanapun kakak Azmin dan suaminya Mohd Noriyualsaid tidak direman kerana hanya membantu siasatan. SPRM sangat berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh anak saudara, kakak azmin dan suaminya hari ini.

Azmin dalam kenyataannya di media rasmi Selangorkini memfitnah SPRM kononnya selepas anak saudaranya dibebaskan kini kakaknya ditahan sedangkan mereka hanya dipanggil memberi keterangan.

Mohamed Azmin juga berkata beliau menjangkakan pada minggu hadapan akan ada lagi tangkapan terbaru melibatkan adik beradiknya yang menyokong beliau.

“Mana adik beradik saya bersama saya ditangkap. Minggu depan akan ada ditangkap lagi.

“Saudara-saudari perjuangan itu tidaklah mudah, perjuangan ini amat sukar. Ini kerana kita telah hampir kepada kemenangan,” katanya.

29 November lalu Nuzul Fadli anak saudara Azmin ditahan SPRM dirumahnya Kondominium G Residence A-21-13 Desa Pandan bernilai RM2 juta  bersama 3 lagi pemilik syarikat yang terlibat dengan lombong pasir haram sejak 2014.

 

Azmin sebelum ini yang mengarahkan mana-mana pegawai PBT terlibat dengan rasuah disiasat oleh SPRM akhirnya bertindak dwi standard apabila anak saudara ditahan SPRM dan berkata ini satu konspirasi politik. 

Malah Azmin mengancam SPRM atau pelbagai pihak supaya jangan menganggu keluarganya.Netizen mempersoalkan siapa Azmin mempersoalkan dan menghalang siasatan SPRM.

Comment