Agenda Kristianisasi: Majlis Gereja, Timbalan Menteri DAP jawab Timbalan Presiden PAS
09:09 Sep 19, 2019  |  By SabahKini2
Agenda Kristianisasi: Majlis Gereja, Timbalan Menteri DAP jawab Timbalan Presiden PAS

Susulan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Timbalan Menteri KBS Steven Sim dan Majlis Gereja (CCM) telah menjawab isu yang Tuan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai agenda kristianisasi DAP

KUALA LUMPUR, 18 Sept - Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) menyelar sikap Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menyimpulkan forum sosial gereja yang diadakan pada 14 September digunakan untuk tujuan propaganda politik.

Membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS itu, CCM menjelaskan bahawa forum forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan di Gereja Methodist Mega Cina di Kota Damansara, Selangor adalah sebahagian program Sempena Hari Malaysia kepada ahli-ahlinya menyumbang peranan sebagai rakyat dalam Malaysia Baharu.

 "Forum yang menjemput panel penceramah pelbagai latar belakang itu adalah untuk menggalakkan para peserta memainkan peranan mereka dalam ‘Malaysia baharu’ dengan memahami warisan sejarah terdahulu’

"Pemimpin PAS tidak wajar menuduh progam itu sebagai  propaganda politik dan berhenti menuduh penglibatan gereja " katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dakwaan Agenda Kristianisasi DAP

Semalam  Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa menyiasat menyiasat penganjuran sebuah program  yang dipercayai mempunyai agenda kristianisasi dalam politik Malaysia, gesa Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, DAP dilihat begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’ seperti yang diungkapkan oleh pemimpin DAP, Steven Sim Chee Keong baru-baru ini.

Steven merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang hadir sebagai panel forum Naratif Malaysia Baharu 14 September lalu.

“Adakah agenda kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar?

“PAS menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

 

Timbalan menteri jawab PAS

Sementara itu Steven Sim Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan menjawab dakwaan PAS itu.

Pada 14 September 2019, saya telah dijemput untuk berucap di sebuah forum yang bertajuk, "Anak Malaysia? Our story of past, present and future Malaysia".

Forum tersebut berlangsung dalam gereja untuk orang Kristian dengan tujuan untuk membincangkan tentang tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Dalam ucapan saya, saya telah mengetengahkan nilai-nilai dalam Bible sebagai panduan menjadi warganegara Malaysia yang baik, contohnya, keadilan, ketelusan, membantu golongan yang lemah dan miskin, menolak rasuah, penindasan dan perkauman.

Saya tidak mengkritik atau menyentuh mana-mana agama, malah mengajak penganut Kristian di Malaysia untuk menjadi warganegara yang mengamalkan nilai-nilai tersebut.

Justeru, saya menyeru Tuan Ibrahim Tuan Man agar menghormati kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan berhenti menabur kebencian serta perpecahan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

 

 

1 Comment