Saya begitu bodoh momok Anwar harga minyak turun, Anwar ‘the last samurai’ kata Pandikar
04:09 Sep 19, 2019  |  By SabahKini2
Saya begitu bodoh momok Anwar harga minyak turun, Anwar ‘the last samurai’ kata Pandikar

Pandikar akhirnya U-Turn. Pandikar mengaku bodoh sebab 'memomok' Anwar harga minyak akan turun sebelum ini.

Selepas hanya sebuah desas-desus berhubung penyertaan bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, dan bekas menteri BN Salleh Said Keruak mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat nampaknya mungkin bakal menjadi kenyataan.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia anjuran kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu  sempena sambutan Perhimpunan Memperingati Hari Malaysia Sabah 2019 di Dewan Seri Kilapi, Rampayan Laut, dekat Kota Belud di bawah NGO mereka Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO).

Pandikar selaku presiden USBO memohon maaf kepada Anwar berhubung beberapa kenyataan yang dibuatnya semasa pilihan raya kecil Sandakan pada Mei lalu, kerana tidak menunaikan janjinya untuk mengurangkan harga minyak.

“Sebenarnya, saya perlu minta maaf, semasa di PRK Sandakan, saya memomok dia, dia kata 'hari ini kita perintah, harga minyak akan turun'.

“Tetapi ketika berjumpa dengan Anwar, dan lihat laporan itu dan saya sedar, saya begitu bodoh ... Apa yang dia katakan sebenarnya adalah 'hari ini saya ambil sumpah sebagai perdana menteri', bukan sebagai orang yang keluar dari penjara, bukan sebagai wakil rakyat," katanya.

Pandikar dipercayai merujuk kepada ucapan Anwar pada kempen pilihan raya umum 2008, 11 tahun lalu.

Antara sedutan video ucapan Anwar mengenai harga minyak -
Anwar 'Sebut hari ini kita ambil alih kuasa esok harga minyak turun'.
Anwar tak sebuat ambil alih selepas angkat sumpah. Jadi memang Pandikar Bodoh? atau jilatan baru?

Sementara itu, Pandikar dalam ucapannya turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin paling layak atau ‘the last samurai’ untuk menerajui kepemimpinan negara selepas Mahathir.

Sementara itu, bekas bendahari Umno Salleh, yang juga penasihat USBO menyokong Anwar sebagai bakal perdana menteri.

“Pada saya, kami persatuan USBO ini menyokong sepenuhnya Datuk Seri Anwar Ibrahim seabagai perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pada kita Anwar di landasan betul untuk menyelamatkan Malaysia kerana bagi kita paling bahaya adalah Malaysia (dilanda) politik ekstrem kerana kita ada berbilang agama, budaya yang penting penyatuan Malaysia bukan sahaja penyatuan satu-satu bangsa sahaja,” katanya.

Pandikar dan Salleh menyertai pemimpin Umno Sabah lain yang bertindak meninggalkan parti itu pada bulan Disember lalu namun terdapat desas-desus kedua pemimpin bekas UMNO ini tidak diterima menyertai Bersatu.

 Menjadi persoalan apakah NGO USBO sudah tiada idea dalam politik baru ini? Idea paling hampir adalah bersama Anwar Ibrahim?

 

4 Comments