Selepas MyKad kini 12 tan Kokain campur arang batu RM2.4 bilion di rampas di Pulau Pinang
04:09 Sep 21, 2019  |  By SabahKini2
Selepas MyKad kini 12 tan Kokain campur arang batu RM2.4 bilion di rampas di Pulau Pinang

Nampaknya Pulau Pinang di bawah Kerajaan DAP ini bukan sahaja syurga penjualan MyKad kepada warga asing tetapi juga transit dadah terbesar negara. Bayangkan12 tan kokain bernilai RM2.4B. Siapa mereka?

GEORGETOWN: Sebanyak 12 tan kokain yang dirampas polis dalam Ops Eagle di di Terminal Kargo Utara Butterworth, Pulau Pinang, disembunyikan bersama 60 tan arang batu untuk mengabui pihak berkuasa.

Dadah itu, yang bernilai sekitar RM2.4 bilion, ditemui dalam tiga kontena dalam siri operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 10 September lalu.

Dalam operasi yang turut dilakukan di Bayan Baru, dan di Padang Serai, Kedah itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 29 tahun untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata sindiket antarabangsa yang membawa dadah dari Amerika Selatan itu menggunakan taktik baharu dengan mencampurkan dadah berkenaan dengan arang batu.

Beliau berkata, polis berhadapan kesukaran untuk mengenal pasti dadah terbabit sehingga terpaksa menggunakan khidmat Jabatan Kimia yang menggunakan peralatan khas baharu berteknologi tinggi.

“Dadah itu juga tidak dapat dikesan oleh Unit Anjing Pengesan (K9) dan kita percaya sindiket ini cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

“Jabatan Kimia juga mengambil masa sehingga tiga hari untuk menyukat dan mengenal pasti anggaran dadah kokain dalam tiga kontena terbabit.

“Saya boleh sahkan bahawa ini adalah rampasan dadah terbesar negara setakat ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, polis percaya negara ini dijadikan sebagai transit sebelum dadah terbabit dihantar ke negara ketiga.

“Ketiga-tiga kontena itu tiba pada 16 Ogos lalu dan diisytiharkan membawa arang batu.

“Lelaki yang ditahan itu turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan direman sehingga 23 September ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Nampaknya Pulau Pinang di bawah Kerajaan DAP ini bukan sahaja syurga penjualan MyKad tetapi juga transit dadah terbesar negara.

 

8 Comments