148 AGM kawasan Parti PAN dibatalkan
23:09 Sep 20, 2019  |  By SabahKini2
148 AGM kawasan Parti PAN dibatalkan

Nampaknya parti yang mendakwa menerima keahlian 10 ribu sebulan ini telah membatakan 148 AGM, Menurut sumber ia kerana 'cai' yang mencurigakan mampu mengalahkan pemimpin tertentu.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 148 Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita Parti Amanah Nasional (Amanah) dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 yang terbatal melibatkan AGM peringkat kawasan, manakala 32 AGM bagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang juga merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa pusat parti itu.

Turut dimaklumkan, di beberapa kawasan, terdapat penubuhan sayap pemuda parti itu yang turut dibatalkan.


Mat Sabu Presiden PAN mendakwa keahlian PAN bertambah 10 ribu sebulan. AGM yang dibatal pula majoriti seperti dalam gambar. 

Antara yang dinyatakan, sebanyak 2 penubuhan Pemuda Amanah telah dibatalkan di Kelantan, 4 di Pulau Pinang dan 5 di Selangor, manakala bagi negeri-negeri lain masih tidak dapat dipastikan jumlah sebenar pembatalan berkenaan.

Sehubungan itu, satu Taklimat Khas Organisasi akan diadakan di Shah Alam esok berhubung dengan pembatalan-pembatalan tersebut melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung parti itu.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Mohd Tahir ketika cuba dihubungi bagi mendapatkan maklum balas berkenaan perkara itu, tidak menjawab panggilan telefon.

– MalaysiaGazette

2 Comments