Calon muda BN: MP Sepanggar tiada halangan tidak calonkan
07:12 Dec 11, 2017  |  By SabahKini2
Calon muda BN: MP Sepanggar tiada halangan tidak calonkan

Saya berterus terang mengatakan bahawa pemimpin yang telah terlalu lama berkhidmat perlu memberi peluang kepada golongan muda menjadi calon

KOTA KINABALU: Anggota Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris menyokong cadangan supaya lebih banyak golongan muda dicalonkan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO sangat memerlukan orang muda untuk berkhidmat dan meneruskan agenda pembangunan negara.

"Pelan peralihan kepimpinan harus berjalan untuk kesuburan parti. Saya berterus terang mengatakan bahawa pemimpin yang telah terlalu lama berkhidmat perlu memberi peluang kepada golongan muda menjadi calon," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Krismas Parlimen Sepanggar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi Khairul Firdaus Akhbar Khan baru-baru ini yang mencadangkan BN menampilkan lebih banyak muka baharu dan golongan muda sebagai calon pada PRU14

Berhubung cadangan calon muda itu Datuk Jumat tiada halangan beliau tidak dicadangkan di Parlimen Sepanggar. Beliau tiada halangan sekiranya calon muda di Parlimen Sepanggar menepati kriteria sebagai calon yang layak dan berjiwa rakyat.

Pada April 2015 Datuk Jumat Idris Ahli Parlimen Sepanggar digantung sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar kerana terlibat dalam gerakan menjatuhkan Ketua Menteri Sabah selain membuat teguran secara terbuka dalam media sosial. Bagaimanapun Datuk Jumat kembali menyokong UMNO dan BN selepas digantung.

 

Comment