PRK Tanjung Piai Ujian besar PH kata Anthony Loke DAP bimbang
08:09 Sep 23, 2019  |  By SabahKini2
PRK Tanjung Piai Ujian besar PH kata Anthony Loke DAP bimbang

PRK Rantau Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook sebagai 'Ibu PRK' untuk PH tetapi tewas, di Tanjung Piai pula Anthony sudah membayangkan kesukaran PH di kerusi Bersatu itu.

SEREMBAN - Jika dalam PRK Rantau Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook mengisytiharkan sebagai ibu kepada semua PRK kerana bakal berdepan dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kini dalam PRK Tanjung Piai Anthony menyifatkan sebagai ‘Ujian besar PH’.

PH akan berusaha mempertahankan kerusi tersebut bagi memastikan Tanjung Piai di bawah pimpinan kerajaan.

"Kita akan menghadapi PRK Tanjung Piai dan ia menjadi satu ujian besar kepada kita dalam PH.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan di Klana Resort Seremban dekat sini.

Konvensyen tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta barisan pemimpin komponen PH negeri.

Dr Md Farid, 42, yang juga Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai meninggal dunia pada jam 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham yang bertanding atas tiket PKR menang dengan undi 21,255 dengan hanya majoriti 524 mengalahkan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.

 

 

Comment