3 lagi nelayan Indonesia diculik dekat perairan Lahad Datu
14:09 Sep 24, 2019  |  By SabahKini2
3 lagi nelayan Indonesia diculik dekat perairan Lahad Datu

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Hazani Ghazali mengesahkan kejadian itu

Tiga nelayan warga Indonesia dipercayai diculik di perairan Geem Reef, Tambisan, Tungku dekat Lahad Datu, petang semalam

Difahamkan kejadian itu dilakukan oleh tujuh lelaki bersenjata antara 2 hingga 3 petang semalam

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan berlaku kejadian penculikan di Tambisan membabitkan warga Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan lanjut.

"Setakat ini belum ada laporan polis dibuat," katanya.

- Bernama

 

 

2 Comments