Dahsyat! 99,166 kes Denggi, Selangor 54,997 kes sehingga 24 September 2019
01:09 Sep 25, 2019  |  By SabahKini2
Dahsyat! 99,166 kes Denggi, Selangor 54,997 kes sehingga 24 September 2019

Wow! kes Denggi Malaysia 99,166 kes sehingga 24 September 2019!! Julai lalu hanya 72,356. Meningkat 26,100 kes. Juaranya seperti biasa Selangor dulu 40,849 dan kini 54,997 meningkat 14,148 kes. Denggi perlu dibenteras!

Pastinya sangat mengejutkan sebanyak 72,356 kes denggi telah dilaporkan sepanjang tahun 2019 berbanding 38,190 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyuarakan kebimbangannya pada julai lalu bahawa berlaku peningkatan sebanyak 89 peratus serta menyaksikan berlakunya pertambahan jumlah kematian.

Kes demam denggi yang direkodkan bermula Mei hingga 20 Julai lalu pula meningkat sebanyak 34,166 kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Sehingga Julai 2019 kenaikan kes 34,166

Menurut beliau, sebanyak 108 kematian dilaporkan pada tahun ini berbanding 61 kematian pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 77 peratus.

“Angka ini memang membimbangkan kerana pada masa sama langkah-langkah kawalan tetap dijalankan sekali gus menuntut kerjasama semua pihak.

Dr Dzulkefly turut mendedahkan Selangor masih merupakan negeri tertinggi dengan merekodkan 40,849 kes melibatkan 35 kematian berbanding 21,648 kes dengan 17 kematian tahun lalu.

Katanya, ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (8,794 kes, enam kematian), Johor (6,057 kes, 16 kematian), Pulau Pinang (3,216 kes, 8 kematian), Sabah (2,944 kes, 15 kematian) dan Perak (1,813 kes, 3 kematian).

Apa 99,166 kes 24 September 2019!!

Tentunya lebih mengejutkan statistik denggi sehingga 24 September 2019 dikeluarkan laman sesawang iDengue di pautan http://idengue.arsm.gov.my/ Kementerian Kesihatan mencatatkan kes denggi seluruh negara ialah 99,166 meningkat mendadak 26,810 kes selepas dilaporkan Menteri julai lalu.

Sehingga 24 Disember 2019. Tidak mustahil 3 bulan akan datang kes denggi mungkin meningkat lebih 120 ribu


Mengapa Selangor Juara Denggi?

Percaya atau tidak Selangor adalah juara denggi sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Pelbagai langkah diambil namun tetap gagal. Malah dibawah kepimpinan Menteri Besar PH yang baharu, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari Kerajaan Negeri mula mengenakan tindakan saman kepada pemilik premis tanah atau individu yang culas menjaga persekitaran sehingga menyebabkan penularan wabak Aedes di kawasan masing-masing.

Katanya Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh selama-lamanya menjadikan hal itu sebagai alasan untuk Selangor sentiasa menjadi ‘juara’ dalam kes demam denggi.

Menurut Amirudin Shari lagi, nyamuk di Selangor kini telah berevolusi selepas beberapa generasi dengan pertambahan daya tahan badan mempengaruhi peningkatan kes denggi di Selangor.

Dahulu, tidak semua nyamuk aedes mempunyai virus denggi.

"Tetapi sejak tahun lepas dimaklumkan sehingga sekarang, virus denggi ini dah berwaris dan warisannya sangat besar.

"Seekor nyamuk yang ada virus denggi maka telur seluruh generasinya akan ada virus denggi. Sebelum ini perkara itu tidak berlaku. Ia baru berlaku dalam tempoh setahun.

"Nyamuk juga berevolusi dan semakin bertambah kebal selepas beberapa generasi. Dulu mungkin pada kadar tertentu untuk fogging, nyamuk itu sudah mati tapi sekarang dah tak boleh (mati)," katanya.

 

MB Selangor kata 'Kalangan' Nyamuk telah berevolusi. Nyamuk aedes kebal

 

Kawasan Hotspot Denggi- Selangor juara

Laman sesawang iDengue di pautan http://idengue.arsm.gov.my/page2.php?kandungan=hotspot.php turut menyenaraikan lokaliti hotspot kes denggi sehingga 22 September 2019 (Minggu 38) kawasan wabak berpanjangan melebihi 30 hari dan merekodkan 147 lokaliti hotspot. Daerah Petaling mencatatkan kes Denggi tertinggi.

Jika dalam hanya dalam bulan September 2019 kes Denggi sudah mencecah hampir 100,000 kes nampaknya dalam tempoh 3 bulan lagi sehingga disember tidak mustahil Malaysia akan mencatat rekod untuk 120 ribu kes.

Kerajaan mesti menangani segera kes Denggi sebelum keadaan lebih parah dan kes kematian terus meningkat. Setakat ini sejak 1 Januari hingga 21 September 2019 kes kematian denggi direkodkan ialah 143 orang.

Secara purata 15 orang pesakit denggi mati setiap bulan! Apakah ada solusi penyelesaian? Selain pencegahan, termasuk penggunaan teknologi tinggi membasmi nyamuk aedes?

 

1 Comment