[VIDEO] Padan muka! Tular video Geng ‘Derek’ hempuk kepala Geng ‘Nick Pendek’
15:09 Sep 25, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Padan muka! Tular video Geng ‘Derek’ hempuk kepala Geng ‘Nick Pendek’

Selepas Geng 'Derek' diburu, tular video Gengster 'Nick Pendek'dihempuk oleh Geng Derek. Ia permulaan dari acara baling kerusi. Derek dan Nick Pendek saling mengenali. Punca Pergaduhan mereka belum diketahui

Insiden baling kerusi berlaku selepas kepala Nick Pendek dihempuk oleh Geng Derek!

Selepas Polis mengumumkan memburu lelaki dikenali ‘Derek’ dipercayai antara suspek utama insiden pergaduhan di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu semalam hari ini tular pula video Geng ‘Derek’ menghempuk ketua Gengster ‘Nick Pendek’ dalam video berdurasi 1.09 saat.

Siasatan awal menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa bersama rakannya minum di tempat kejadian.

Dari video yang tular menunjukkan ‘Nick Pendek’ dan rakannya seakan sudah menunggu Geng ‘Derek’ itu datang kepadanya sebelum tiba-tiba Geng Derek itu terus menghempuk kepala dan muka ‘Nick Pendek’

 

Gengster Nick Pendek dan budak-budaknya minum-minum seperti menanti seseorang

Tahu kehadiran Derek

Siap sedia menunggu

Pergaduhan bermula selepas Nick Pendek dihempuk kepala dan muka sebelum insiden baling kerusi bermula

 

“Nick cedera pada muka, kepala dan badan. Kejadian juga mencetuskan pergaduhan lebih besar selepas pembabitan rakan kedua-dua kumpulan itu.

“Hasil keterangan Nick mengaku mengenali Geng Derek namun tidak mengetahui punca sebenar diserang oleh mereka,” 

Menurut sumber ada kisah lama antara Nick dan Derek yang tidak selesai mengundang dua gengter itu bertempur di Centre Point.

Sabahkini2 mendedahkan siapa Gengster Nick Pendek dalam artikel [VIDEO] 'Nick' Gengster China dalang gaduh Centre Point Sabah? ]

[http://sabahkini2.com/en/news/2249/video-nick-gengster-china-dalang-gaduh-centre-point-sabah/view]

[VIDEO] 'Nick' Gengster China dalang gaduh Centre Point Sabah?

Melalui komen-komen netizen, mereka berharap pihak polis menangkap Gengster China ‘Nick Pendek’ itu dan juga Geng Derek kerana ada kemungkinan akan ada pergaduhan lebih besar selepas sini.

 

Geng Derek diburu!

1 Comment