(VIDEO) Doktor Klinik Lita Alis Bangi dibelasah gara-gara curang dengan isteri orang
19:10 Oct 05, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Doktor Klinik Lita Alis Bangi dibelasah gara-gara curang dengan isteri orang

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan doktor tersebut dipukul dan dipijak seorang lelaki kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang juga merupakan seorang jururawat.

BANDAR BARU BANGI - Sebuah video di Twitter memaparkan seorang  doktor dibelasah teruk ketika sedang bertugas di Klinik Lita Alis Bandar Baru Bangi tular di sini, awal pagi tadi.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan doktor tersebut dipukul dan dipijak seorang lelaki kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang juga merupakan seorang jururawat.

Difahamkan, jururawat tersebut telah curang hampir 10 bulan ketika suaminya bekerja mencari rezeki di Dubai dan video tersebut telah mendapat leboh 500 ribu tontonan dan 17,000 ulang kicau serta 11,000 tanda suka.


Berdasarkan maklumat netizen yang dipercayai merupakan kenalan rapat suami terbabit, isterinya bertemu dengan doktor itu buat kali pertama ketika hendak memohon cuti sakit.

Bagaimanapun, doktor tersebut didakwa cuba memikatnya dan pada masa yang sama wanita itu turut melayan doktor itu yang juga telah beristeri.

"Si jururawat tak cerdik, konon 'educated' pasal tak tahu kamera litar tertutup (CCTV) lif, CCTV lobi, CCTV lif dan CCTV parkir lot bersepah.

"Jadi, si suami balik dari Dubai hari ini datang belasah doktor tersebut," demikian menurut maklumat yang telah tersebar dalam kalangan netizen di Twitter.

Sementara itu, adik kepada jururawat tersebut turut tampil memberi penjelasan berkenaan situasi sebenar yang berlaku.

Menurut pemilik akuan @Dxniallee di Twitter, kakaknya itu sering dituduh curang sepanjang dua tahun dia bersama suaminya.

"Oleh sebab itu, kakak saya dah tak tahan dituduh dan membuktikan kepada abang ipar saya yang dia berlaku curang.

"Sekali, mimpi abang ipar saya jadi kenyataan dan memang abang ipar saya ada masalah nak percaya dengan kakak saya..tapi saya pun tak tahu, namun seperti yang saya cakap dua dua ada kesalahan masing-masing," katanya.

 

3 Comments