Salleh masuk PKR: Christina, Mustapha arah pimpinan PKR Sabah serang Anwar?
07:10 Oct 08, 2019  |  By SabahKini2
Salleh masuk PKR: Christina, Mustapha arah pimpinan PKR Sabah serang Anwar?

Selepas Christina dan Mustapha gagal bertemu Anwar di rumahnya nampaknya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah memilih jalan menyerang Anwar secara terbuka dalam media. Semua pimpinan pro Christina di arah serang Anwar.

Bengang dengan layanan Anwar Ibrahim terhadap Datuk Seri Salleh Said Keruak disokong pula oleh Farhash Wafa Salvador Pengerusi PKR Perak kini tampil pula Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud sebagai suara Christina Liew membantah kemasukan Salleh dalam PKR

Sebelum ini ayam tambatan Christina Ketua Cabang PKR Semporna Mohd Amin Abdul Mem menjadi jurucakap Chritsina namun nampaknya tidak berkesan.

[ARTIKEL BERKAITAN- PKR Sabah lemah di bawah Christina, Anwar luluskan Salleh masuk PKR 25 Ogos 2019 ]

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Mustapha Sakmud berharap Anwar Ibrahim dapat membuat penilaian dan pertimbangan yang adil terhadap isu permohonan kemasukan Salleh Said Keruak dalam parti itu.

Beliau berkata kemasukan Salleh bukan sekadar isu keahlian pintu belakang tetapi menjadi liabiliti kepada parti yang dikenali sebagai penggerak reformasi.

Alasan Mustapha Sakmud ialah Salleh adalah penyokong Najib.

“Beliau merupakan penyokong kuat Najib Razak sebelum PRU14 menjadi liabiliti dan menyebabkan kekalahan kepada Barisan Nasional.

“Beliau sendiri sebagai bekas menteri komunikasi kalah di kerusi parlimen Kota Belud di tangan pengundi-pengundi terutama generasi muda yang muak dengan peranan utamanya sebagai ‘the last samurai for Najib’,” katanya dalam satu kenyataan.

Salleh bertanding di kerusi Kota Belud tetapi tewas di tangan anak saudaranya Isnaraissah Munirah Majlis yang mewakili Warisan.

Bagaimanapun ahli dan pemimpin PKR tahu siapa Mustapha Sakmud. Beliau digelar Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang tiada wang, kedekut dan tidak boleh membantu parti. Beliau bergantung kepada ehsan pemimpin seperti Christina Liew untuk mendapat dana program.

Komen-komen netizen dalam laman sosial menyindir Mustapha Sakmud mengata Salleh yang kalah pilihanraya tetapi dia sendiri ditolak rakyat kalah di kerusi DUN Tempasuk yang dimenangi BN sebelum itu dengan majoriti 2,264 undi.

Bagaimana seorang pemimpin PKR yang kalah dalam PRU14 boleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri. Akhirnya Pengerusi PKR Negeri Christina Liew lemah maka ditambah lagi dengan Timbalan yang tidak punya dana kewangan menggerakkan parti, PKR di Sabah bertambah lemah.

Ramai melihat kemasukan Salleh dalam PKR adalah usaha Anwar Ibrahim melihat sisi lain kekuatan PKR sebelum beliau menjadi PM ke lapan.

Anwar hanya perlu memperkuatkan dirinya sebagai seorang bakal PM dan buat masa ini tidak perlu menghitung hal isu akar umbi di negeri lain. Anwar perlukan pemimpin PKR negeri yang berkebolehan, pengalaman dan punya wang untuk menggerakkan dirinya sebagai PM 8. Anwar hanya perlukan selangkah menjadi PM.

Pakatan Harapan di Sabah didominasi Warisan sebenarnya amat tidak bagus untuk Anwar Ibrahim. Warisan boleh jadi mata pisau akan akan mempermainkan PKR Sabah dikemudian hari. Christina Liew sebagai Timbalan Ketua Menteri pula lebih setia kepada Shafie Apdal berbanding kepada Anwar Ibrahim Presiden PKR.

Christina Liew yang tidak hadir program Anwar di Kota Belud tetapi diwakili oleh Timbalan Pengerusi Mustapha Sakmud nampaknya menunjukkan protes terbuka kepada Anwar. ‘Alang-alang menyeluk pekasam’ Christina dan Mustapha menunjukkan perang terbuka kepada Anwar menggunakan kritikan dalam media terbuka. Menurut sumber terdapat arahan dari pucuk pimpinan PKR Negeri yang pro Christina akan terus berbuat demikian sehingga Anwar tunduk kepada keputusan pimpinan PKR Negeri.

Sementara itu Mustapha mengaku Christina “The Lost Samurai” sebagai Pengerusi PKR Negeri yang lemah tetapi berjaya menjatuhkan kerajaan BN setelah berjuang selama 20 tahun.

PKR Sabah lemah di bawah Christina, Anwar luluskan Salleh masuk PKR 25 Ogos 2019 Mustapha Sakmud mengaku Christina Liew lemah memimpin tapi..

“Ironinya yang mendapat dan menikmati jawatan penting yang disokong beliau selaku timbalan ketua menteri sekarang ini menjadi penyokong utama kemasukan Salleh ke dalam parti,” katanya mempersoal individu yang membawa Salleh

Imran Ahmad seorang pengguna facebook berkata kemenangan PH di Sabah bukanlah kerana sebab Christina tetapi semua tahu kerana Tun Dr Mahathir. Jangan lupa PH dan Warisan tidak menang dalam PRUke14 di Sabah, mereka hanya menang secara mencuri pemimpin BN”. katanya

“PKR Negeri perlu mengakui kelemahan pimpinan Negeri sekarang. Sekalipun punya jawatan dalam kabinet tetapi masih belum mampu menyusun strategi berkesan menghadapi PRUke 15.

Kerja Timbalan Pengerusi PKR Negeri Sabah- Hanya main golf. Duit program tak ada. Hanya paw Christina

“Lihat sahaja Mustapha Sakmud sendiri sebagai Timbalan Pengerusi PKR Negeri terkial-kial mencari wang untuk melaksana program atau membantu rakyat. Sepatutnya carilah mana-mana Ahli Parlimen PKR memikul tanggungjawab itu bukan Mustapa” kata sumber seorang pemimpin PKR Negeri.

 

5 Comments