Amarjit Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah bakal gugat ‘komisen projek’ Shafie dan Peter?
06:10 Oct 10, 2019  |  By SabahKini2
Amarjit Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah bakal gugat ‘komisen projek’ Shafie dan Peter?

Isu Amarjit Singh nampaknya tidak pernah selesai. Kini Hakim Ravinthiran R Paramaguru mengisytiharan pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang dan tidak sah!. Habislah projek komisen Shafie dan Peter..

KOTA KINABALU - Sejak dilantik 10 Ogos 2018 pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak pernah sunyi. Bagaimana seorang 'kaki pau' dan perasuah boleh dilantik menjadi pengarah agensi negeri.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah ]

Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah

Terbaru semalam Mahkamah Tinggi mengisytihar pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air 2003.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berhubung kes difailkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

 

Teck Lee dan seorang ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung ketika memfailkan kes itu menyatakan bahawa pelantikan berkenaan bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Seksyen 3 dalam enakmen itu menyatakan bahawa pelantikan jawatan kanan mestilah dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah JANS oleh kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan), Amarjit bukan seorang anggota perkhidmatan awam.

Amarjit adalah salah seorang jurutera yang direman SPRM sebagai konsultan Loji Air Sg Intan Semporna. Beliau ditahan bersama dengan Shafie Apdal, adik-adik Shafie, Datuk Peter Anthony, Setiausaha Sulit Menteri KKLW dan beberapa lagi berhubung siasatan projek KKLW RM1.5 bilion.

Di bawah kepimpinan Amarjit Jabatan Air Negeri Sabah kini menghadapi saman ratusan juta ringgit akibat menamatkan konsesi air RM3.7 bilion disember tahun lalu. Bukan itu sahaja lebih 1200 orang pekerja konsesi juga dilaporkan lambat diserapkan ke jabatan kerajaan selepas penamatan konsesi syarikat air sehingga ada yang tidak dibayar gaji berbulan-bulan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Sabah batal kontrak 6 syarikat konsesi air bernilai RM3.7 bilion ]

Pembinaan tergesa-gesa Empangan Papar demi komisen!

Dari sebuah empangan yang ditentang oleh pemimpin Warisan sebelum ini akhirnya empangan Papar terus dibina di Kg Menderingin Papar. Amarjit melakukan secara tergesa-gesa dari Kaiduan ke Bisuang dan kini ke Menderingin. Semuanya demi komisen projek mega yang lebih cepat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B!]

Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya

Amarjit berjaya menghasut Ketua Menteri dan Menteri agar meneruskan projek Empangan ini.

Buktinya Shafie Apdal Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Datuk Peter Anthony berani bertegas untuk meneruskan projek empangan dan mencabar para penentangnya untuk mengalah. Warisan akan menentang sesiapa saja melawan Warisan bagi projek empangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Empangan Papar tetap dibina, Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya ]

Shafie Apdal balas budi

Amarjit konsultan rasuah projek KKLW dilantik sebagai Pengarah JANS adalah atas jasa beliau menjadi saksi menutup salah laku rasuah projek loji air Sg Intan.

Malah Amarjit dianugerahkan PGDK membawa Datuk baru-baru ini bersama dengan isteri Ketua Menteri dan juga bekas setiausaha sulit kanan Menteri KKLW Izhar Idrus.

Isteri Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Shafie, Amarjit yang pernah direman SPRM diberi ‘Datuk’

[ARTIKEL BERKAITAN- Isteri Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Shafie, Amarjit yang pernah direman SPRM diberi ‘Datuk’ ]

Kemelut pelantikan tidak sah Amarjit

Apa akan jadi selepas Mahkamah Tinggi mengisytihar pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh tidak sah?

Sudah tentu Amarjit dan Kerajaan Negeri akan menentang keputusan ini berdasarkan keputusan Suruhanjaya Perkhidmata Awam Negeri.

Namun ada kemungkinan pihak dari SPAN negeri membocorkan maklumat tertentu pelantikan Amarjit sehingga keputusan mahkamah memihak Datuk Yong Teck Lee (Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan dan Pang Thou Chung seorang ahli perniagaan.

7 Comments