Suami Singapura kerat 8 tubuh isteri dan bunuh anak
15:10 Oct 11, 2019  |  By SabahKini2
Suami Singapura kerat 8 tubuh isteri dan bunuh anak

Hasil siasatan awal, polis menemui lapan bahagian tubuh badan mayat tanpa pakaian, dipercayai mangsa pembunuhan.

MELAKA: Polis menemui lapan bahagian tubuh badan mayat manusia tidak lengkap dipercayai milik lebih satu individu di kawasan semak, di jalan utama, Kampung Ladang, Krubong, berhampiran kawasan perindustrian, di sini, petang tadi.

Berdasarkan siasatan awal polis, bahagian tubuh badan itu ditemui oleh seorang pekerja memotong rumput ketika menjalankan kerja penyelenggaraan sekitar kawasan itu kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Afzanizar Ahmad berkata, susulan itu, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka Tengah menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, polis menemui lapan bahagian tubuh badan mayat tanpa pakaian, dipercayai mangsa pembunuhan.

“Kita percaya mayat dibunuh di tempat lain dan dianggarkan mangsa sudah meninggal dunia sejak lima hari,” katanya kepada pemberita, di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Afzanizar berkata, mayat berkenaan belum dapat dikenal pasti identiti dan jantina, malah tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar berdasarkan anggota badan tidak lengkap itu.

Semua maklumat sebenar akan diketahui selepas menerima laporan bedah siasat mayat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

Setakat ini tiada barang lain ditemui dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Afzanizar berkata, sekiranya ada ahli keluarga atau kenalan yang hilang, diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, menurut sumber, pekerja memotong rumput berkenaan yang enggan namanya didedahkan, bersama dua lagi rakan sekerja dijadual memotong rumput di kawasan itu, hari ini, namun terhidu bau busuk apabila semakin menghampiri tempat kejadian.

“Bau itu semakin kuat dan pemotong rumput berkenaan tiba-tiba ternampak bahagian kaki manusia dikerumuni ulat di dalam semak.

“Dia terus menggigil dan meninggalkan tempat kejadian sehingga tidak mahu bekerja,” katanya dimaklumkan bau busuk itu sudah berlaku sejak Isnin lalu namun membiarkannya kerana tidak mengesyaki apa-apa. BH


Laporan penuh :

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Dato/Tuan/Puan,

MAKLUMAN KES BUNUH BERSANGKUT TG MINYAK RPT. 6605/19

A. REPORT POLIS
Tg Minyak Rpt. 6605/19
Tarikh : 10/10/19
Masa : 1635 Hrs
IO : ASP Muhather Bin Mohd Kudus
HP: 016-676xxxx
Sek : 302 Kanun Keseksaan

B. BUTIRAN PENGADU
Nama :L/KPL Mohd Khyerill Amri Bin Sabtu
No.Polis : RF 16xxxx
Tugas : Tugas Am Balai Polis Tg Minyak

C. RINGKASAN KES
Pada 10/10/19 Jam lebih kurang 1630 Hrs, Pengadu anggota Balai Polis Tg Minyak semasa bertugas telah menerima panggilan MERS 999, dimaklumkan oleh arang awam 1(L)Melayu : Sani ( 0111-336xxxx ) telah menjumpai mayat manusia di kawasan Kampung Ladang, Jalan PK 43, Perindustrian Krubong Melaka. Pengadu Jadikan Maklumat tersebut sebagai Maklumat Pertama.

D. SUSPEK

Nama : Shahrul Nizam bin Zuraimy
Pasport : S8832113H
Warganegara : Singapura
Alamat : Blk xx Lor 7 Toa Payoh #04-617

E. MANGSA

BUTIRAN SI MATI (1)
Nama : Norfazera Binti Bidin
Kpt. 92100610xxxx ( 27 Tahun )
Alamat : Mx-x Jln Pegaga x Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.

BUTIRAN SI MATI (2)
Nama : Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah
Kpt. 08112905xxxc ( 11 Tahun )
Alamat : Mx-x Jln Pegaga x Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.

F. SIASATAN AWAL
Hasil siasatan awal di lokasi, dapati kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan semak keluasan lebih kurang 300 meter panjang dari susur jalan, di dalam perindustrian ( kilang ) Krubong.

Mayat ditemui oleh 1(L)Melayu, pada jam lebih kurang 1620 Hrs, ketika Saksi sedang membuat kerja-kerja memotong rumput, kemudian telah terbau sesuatu yang busuk, dan apabila mendekati tempat yang berbau, saksi Nampak beberapa keratan disyaki tubuh badan manusia.

Kedudukan mayat yang dijumpai tidak jauh daripada jalan bertar JLN PK 43, anggaran 10 meter. Keadaan mayat, tidak bertutup dengan apa-apa material kain atau plastik, dalam keadaan terdedah dan telah kompos dipenuhi dengan ulat.

Hasil pemerhatian keratan-keratan mayat, dapati ianya tidak sempurna. Tiada bahagian kepala / tangan pada mayat ditemui. Tiada apa-apa senjata tajam dijumpai.

Unit K9 telah membantu untuk mengesan bahagian-bahagian badan yang lain, di lokasi kejadian, namun tiada penemuan baru diperolehi.

Pemerhatian terhadap keratan-keratan mayat tersebut, terdapat (2) jenis jantina, terdapat bahagian kemaluan lelaki dan bahagian badan perempuan.

Oleh kerana mayat telah kompos, dan mengembang ianya agak sukar mengenalpasti si mati.

Lakaran rajah kasar dan gambar tempat kejadian telah diambil, manakala hasil Siasatan Pasukan D10 Forensik yang diketuai oleh Insp Norehan di tempat kejadian : telah menandakan beberapa keratan serta cebisan mayat mangsa dan mengambil DNA di tempat kejadian.

Kesemua keratan serta cebisan mayat di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan post mortem. Pol 61 telah disi dan diserahkan kepada pihak Forensik Hospital Melaka untuk tujuan Post Mortem.

Kes telah dimaklumkan kepada P/KBSJD Melaka Tengah dan Kertas siasatan dibuka dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan diteruskan.

G. RAMPASAN
1. (1) M/Kar Jenis Produa Kancil No.Pendaftaran : WNC5006 didaftarkan atas penama Si Mati (1).

H. KRONOLOGI KEJADIAN

Hasil Intelligence Suspek, daripada Pihak Polis Singapura dapati :-

Suspek mendakwa bahawa telah berlaku pertengkaran diantara suspek dan isterinya ( si mati 1) yang berlaku di rumah beralamat : No xx Jalan MJ 10, Taman Merdeka Jaya, Bt Berendam Melaka.

Pertengkeran berpunca daripada rungutan si mati (1) berkenaan keluarga suspek cuba menghindari si mati (1). Suspek memberitahu si mati(1) bahawa itu bukanlah penyebabnya, tetapi si mati(1) masih bertegas dan bertindak melemparkan hadiah ulang tahun yang dibeli keluarga suspek untuk si mati (1).

Disebabkan kejadian itu, suspek dan si mati (1) mula bertengkar dan si mati (1) bertindak memukul suspek. Pada peringkat awal, suspek mendakwa dia tidak membalas tindakan si mati (1), tetapi apabila Si mati (1) mula meminta cerai, suspek mengatakan ketika itu dia telah hilang pertimbangan dan bertindak mengambil pisau di dapur dan menikam si mati (1).

Suspek juga mendakwa ada menggunakan sebilah parang untuk memotong kepala si mati(1) akibat suspek terlalu marah. Pada ketika itu, suspek melihat bahawa anak si mati (1) yang berusia 10 tahun ( si mati (2) telah melihat apa yang dilakukan terhadap si mati (1).

Suspek mengatakan dia tidak tahu apa yang dilakukan, suspek dapati bibir si mati (2 )telah dipotong terbuka dan ada kesan tikaman di belakang si mati (2).

Suspek mempunyai Kecederaan kecil pada jari dan tanda pada bahagian dada, semasa pergelutan dengan si mati (1).

Pertengkaran berlaku sekitar jam 2100 Hrs ( tarikh kejadian belum dipastikan ) dan suspek mula memotong bahagian-bahagian badan si Mati (1) & (2) jam 0100 Hrs. Suspek bertindak memotong kedua kepala si mati, telapak tangan, anggota badan yang lain. Telapak tangan si mati dibuang ke dalam bekas tong sampah di luar rumah teres, manakala bahagian tubuh yang lebih besar di isi di dalam (4) beg kanvas untuk dibuang ke kawasan berhutan.

Mayat si mati (1) dan si mati (2) diletakkan di dalam bonet kereta bahagian belakang semasa suspek hendak buang di kawasan hutan, anak lelaki bongsu si mati (1) ada di bawa bersama oleh suspek dalam kereta dari rumah di Taman Merdeka Jaya.

Suspek membawa kereta menuju ke Kawasan berhutan di kawasan krubong, Melaka. Suspek mendakwa keratan-keratan mayat dilemparkan ke jauh ke dalam kawasan hutan di krubong untuk dilupuskan.

Suspek kemudian membakar (4) beg kanvas tersebut. Suspek memberitahu bahawa dia boleh membawa polis ke lokasi –lokasi tersebut.

Selepas membuang keratan mayat si mati, suspek telah menghantar anak bongsu si mati (1) ke rumah mak mertua di Rumah Pangsa Taman Merdeka. Suspek tidak mencederakan anak bongsu si mati (1) kerana sepanjang pertengkaran dengan si mati (1) sehingga suspek membunuh si mati(1) dan si mati (2), anak bongsu si mati(1) tidur.

Hasil semakan keluar masuk Suspek Malaysia – Singapura dapati, suspek keluar dari Singapura melalui pos pemeriksaan Woodlands menaiki bas pada 29/09/2019, dan kembali semula ke Singapura pada 08/10/19 menaiki bas melepasi pemeriksaan Woodlands pada jam 2100 Hrs,

Ketika Suspek, bersama keluarganya iaitu bapa dan adik-beradiknya yang berkumpul di rumah saudara mereka di Singapura. Perbualan di antara mereka, Suspek telah berkata bahawa dia membunuh isterinya ( si mati 1) dan anak lelaki (si mati 2 ) di Melaka. Suspek dikatakan kelihatan tertekan dan menggigil.

Bapa suspek bertanyakan kepada suspek bila kejadian suspek membunuh si mati (1) dan (2) suspek berkata kejadian berlaku pada hari Ahad (6/10). Kemudian, ayah suspek memberitahu untuk menyerah diri, tetapi suspek bertindak meninggalkan rumah.

Suspek telah berkahwin dengan si mati (1) di Malaysia lebih kurang satu tahun yang lalu dan mempunyai 4 orang anak ( Hasil perkahwinan Si mati (1) dengan suami sebelum suspek ). Ahli keluarga suspek tidak mempunyai nombor telefon dan butir-butir si mati(1) dan si mati (2). Suspek telah ditahan Oleh Pihak Polis Singapura, dan akan diserahkan kepada Pihak Polis Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maklumat lain yang diperolehi :-
1. Pakaian yang suspek pakai ada di rumah Melaka
2. Pisau yang digunakan untuk memotong badan si Mati (1) & (2) ada di Malaysia.
3. Suspek telah membuang senjata iaitu sebilah parang ke dalam tong sampah
4. Kereta isteri berada di parking, Rumah Pangsa Taman Merdeka.

Untuk Makluman YDH Dato/Tuan/Puan.

7 Comments