Nampaknya hutang Kerajaan PH terus meningkat mencecah RM1.17 trilion pada akhir bulan Jun 2019.Defisit kerajaan terus meningkat.
Dalam Bajet 2020 akhirya Guan Eng mengumumkan bahawa jumlah hutang dengan liabiliti kerajaan naik ke RM1.17 trilion pada akhir bulan Jun 2019.
Ini adalah kenaikan RM80 bilion dalam 6 bulan pertama tahun 2019 sahaja berbanding angka RM1.09 trilion pada akhir tahun 2018 yang diumumkan PH pada bulan Julai lalu.
Dan kenaikan RM170 bilion dari hutang RM1 trilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN yang PH selalu sebut.
Finance Ministry: Overall federal govt debt, liabilities at RM1.17t as of June this year
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/11/finance-ministry-overall-federal-govt-debt-liabilities-at-rm1.17t-as-of-jun/1799358?fbclid=IwAR0dyFaAZtMz2LjHbPamkoVs6gokPzYC_KgAnNR55_VAHMZmjHiDFWWmwWI
Malaysia's overall debt, liabilities stood at RM1.09 trillion at end-2018
Bukan itu sahaja Defisit bajet 2020 diumumkan sebagai 3.2% - iaitu tidak menepati sasaran PH untuk 3%. Maksudnya kerajaan PH akan pinjam lagi banyak tahun depan.
Defisit dalam bajet maksudnya perbelanjaan adalah lebih tinggi dari hasil.
Lagi tinggi defisit, lagi banyak hutang baru dipinjam.
Ini kerana PH tahu sokongan terhadap mereka sudah menjunam teruk ke 35% sahaja dan mereka perlu abaikan hutang negara yang kuat meningkat di bawah mereka dengan menaikkan bantuan kepada Rakyat untuk tahun depan supaya boleh mendapat kembali sedikit sokongan.
PH tak pandai menjana keuntungan dan hasil untuk negara kerana asyik jual aset yang memberi pulangan tinggi dan menjarah PETRONAS.
Oleh itu, kaedah mereka menaikkan sedikit bantuan kepada Rakyat adalah dengan menaikkan defisit negara dan meminjam lebih banyak hutang baru.
Sebelum PRU14, defisit kerajaan turun 8 tahun berturut-turut walaupun bantuan kepada Rakyat meningkat setiap tahun.
Tetapi defisit ini dinaikkan semula oleh kerajaan PH untuk tahun 2018, 2019 dan 2020.
Dan merealisasikan kehebatan PH berhutang maka Kerajaan dijangka menerbitkan bon Samurai baharu awal tahun depan selepas perbincangan dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) selesai. Ini pencapaian utama dalam bajet 2020 Guan Eng.