Lagi Kolej Universiti Yayasan Sabah 3 bulan tiada gaji, buang pekerja aniaya rakyat
04:10 Oct 12, 2019  |  By SabahKini2
Lagi Kolej Universiti Yayasan Sabah 3 bulan tiada gaji, buang pekerja aniaya rakyat

Nampaknya kemelut UCSF milik Yayasan Sabah ini belum berakhir. 3 bulan tiada gaji malah terbaru membuang pekerja bawahan. Ini menganiaya rakyat susah. Pekerja atasan yang bergaji besar gagal mengurus kolej tidak dibuang.

KOTA KINABALU: Disember 2018 Portal Sabahkini2 pernah melaporkan seramai 57 orang kakitangan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF), termasuk Timbalan Pengarah Sabah Animation & Creative Content Centre (SAC3) di sini mendakwa mereka tidak dibayar gaji dan bayaran-bayaran saraan yang lain, masing-masing antara satu sehingga ada yang mencecah tiga bulan.

[ARTIKEL BERKAITAN- "Dah 3 bulan kami tidak dibayar," kata pekerja Kolej Universiti Yayasan Sabah ]

Kini dalam satu emel yang dihantar UCSF milik anak syarikat Yayasan Sabah dilaporkan semula tidak membayar 3 bulan gaji dan berusaha mahu membuang pekerja di kolej itu bagi mengurangkan kos pengurusan. Pihak pengurusan UCSF yang gagal mengurus kolej dibayar gaji tinggi tetapi gagal mengatasi masalah UCSF manakala pekerja bawahan dibuang.

Buang pekerja gaji rendah tetapi pengurusan yang gagal dikekalkan. UCSF pastikan akan terus gagal

Apa sudah jadi kerajaan negeri? Beli kereta mewah kenderaan mewah Mercedes-Benz E 350 berharga RM399,888 untuk Ahli Kabinet Negeri tetapi urusan bagi Kolej milik Yayasan Sabah kerajaan biarkan. Malah Yayasan Sabah untung berjuta bagi urus niaga balaknya tetapi hal Kolej tak mampu nak urus.

 Kerajaan Negeri belanja RM11.6 juta beli Mercedes-Benz E 350 untuk kabinet negeri?

 

19 Comments