Pengarah Jabatan Air tidak sah: Yong selar Amarjit hina mahkamah guna kuasa politik datang bertugas
06:10 Oct 12, 2019  |  By SabahKini2
Pengarah Jabatan Air tidak sah: Yong selar Amarjit hina mahkamah guna kuasa politik datang bertugas

Nampaknya dengan hanya dua panggilan telefon dari Shafie Apdal dan Peter Anthony, Amarjit Singh Pengarah Air 'tidak sah' sudah melanggar perintah mahkamah untuk hadir bertugas. Ini menghina mahkamah!

KOTA KINABALU- Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyelar Pengarah Jabatan Air Sabah, Amarjit Singh kerana berdegil menjalankan tugasnya walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pelantikannya adalah tidak sah.

Dalam satu kenyataan, presiden SAPP itu berkata keputusan Amarjit membelakangkan perintah mahkamah itu mendedahkan kerajaan negeri kepada risiko tindakan undang-undang

Media sebelum ini melaporkan Amarjit akan terus bekerja seperti biasa selepas diarahkan demikian oleh Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony.

Mahkamah Tinggi baru-baru mengisytiharkan bahawa pelantikan Datuk Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) oleh Kerajaan Negeri bercanggah dengan Seksyen 3, Enakmen Bekalan Air 2003.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru menyampaikan keputusan itu di kamarnya untuk saman yang difailkan bekas ketua menteri Datuk Seri Yong Teck Lee dan seorang ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung (plaintif), pada 19 Mac tahun ini.

Menurut peguam kedua-dua plantif, Ravinthran ketika membenarkan perintah perisytiharan itu, berkata pelantikan Amarjit adalah jelas melanggar Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 kerana dia bukan anggota Perkhidmatan Awam Sabah sebelum pelantikannya sebagai Pengarah JANS.

Image result for amarjit singh dan peter anthony empanganMengapa Amarjit diperlukan di JANS oleh Shafie Apdal dan Peter Anthony

Amarjit yang juga Setiausaha Warisan Putatan pernah direman SPRM pada tahun 2017 kerana skandal KKLW RM1.5 bilion bersama-sama dengan Datuk Seri Shafie Apdal, Peter Anthony dan adik-adik Shafie ketika itu.

"Saya kagum membaca berita bahawa Datuk Amarjit telah menerima panggilan telefon daripada ketua menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur (Peter) mengarahkannya terus bekerja sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri," 

"Sikap ini jelas menentang dan membelakangkan undang-undang.  Sikap Amarjit tu jelas beliau bukan seorang penjawat awam yang berkelayakan." kata Yong Teck Lee.

Yong berkata jika pemimpin kerajaan mengabaikan perintah mahkamah dan membelakangnya undang-undang ia jelas satu penghinaan kepada mahkamah.

Sebagai penjawat awam Amarjit sepatutnya berkelakuan sebagai penjawat awam, beliau akan mendapatkan nasihat atau arahan lanjut daripada setiausaha negeri dan bukannya bergantung kepada menggunakan kuasa pemimpin politik seperti Ketua Menteri dan Menterinya Datuk Peter untuk menghalalkan beliau datang bertugas ke pejabat

 [ARTIKEL BERKAITAN- SILA BACA]

Amarjit Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah bakal gugat ‘komisen projek’ Shafie dan Peter?
https://sabahkini2.com/en/news/2286/amarjit-pengarah-jabatan-air-sabah-tidak-sah-bakal-gugat-komisen-projek-shafie-dan-peter/view

Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah
https://sabahkini2.com/en/news/1100/amarjit-singh-jurutera-direman-sprm-kini-dilantik-pengarah-jabatan-air-sabah/view

 

 

4 Comments