Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah didakwa hari ini
23:12 Dec 12, 2017  |  By SabahKini2
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah didakwa hari ini

Teo memiliki 127 tanah dan kira-kira RM29 juta dalam akaun di luar negara. Menurut sumber beberapa ratus juta akaun dan aset Teo Chee Kong dibekukan. Beliau bukan sahaja didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi turut disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

KOTA KINABALU :Seorang lagi suspek utama dalam skandal rasuah Jabatan Air Sabah yang memiliki RM7 juta ketika ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu, ditahan semula di Kota Kinabalu semalam. 

Bekas Timbalan Pengarah Jabata Air Negeri Sabah Teoh Chee Kong, 52, ditahan sepasukan pegawai SPRM kira-kira pukul 12 tengah hari semalam dan akan didakwa di mahkamah hari ini selepas siasatan kes tersebut dijalankan selama lebih setahun.

“Kami telah menjalankan siasatan dan suspek akan dibawa ke mahkamah pada kira-kira pukul 9 pagi hari ini untuk didakwa,” . 

Pada 4 Oktober tahun lalu, Chee Kong bersama bekas pengarah jabatan itu, Awang Mohd. Tahir Mohd. Talib, 54, ditahan SPRM dan selepas menggeledah pejabat dan kediaman kedua-dua suspek.

SPRM menemukan wang tunai sebanyak RM52 juta iaitu RM7 juta milik Chee Kong manakala RM45 juta milik Awang Mohd. Tahir.

Turut ditemukan adalah barangan kemas, wang tunai di dalam beberapa akaun di luar negara serta geran-geran tanah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai.

Teo memiliki 127 tanah dan kira-kira RM29 juta dalam akaun di luar negara. Menurut sumber beberapa ratus juta akaun dan aset Teo Chee Kong dibekukan. Beliau bukan sahaja didakwa di mahkamah oleh SPRM tetapi turut disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang turut membekukan aset Teo. Kolaborasi antara SPRM dan LHDN akan mempercepatkan pendakwaan Teo. 

Untuk rekod Teo Chee Kong Timbalan Pengarah memiliki Hotel No 5 di Kota Kinabalu, rumah mewah, Syarikat Pemaju Perumahan di Membakut dan Beaufort dibawah syarikat Hasil Emas Takapan Sdn Bhd yang pernah membangunkan projek perumahan Taman Takapan Emas dan beberapa projek di negeri Sabah

Sejak kes rasuah itu terbongkar, tiga suspek didakwa di mahkamah iaitu Awang Mohd. Tahir dan isterinya, Fauziah Piut, 51, serta seorang lagi bekas timbalan jabatan itu, Lim Lam Beng, 62.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan mereka masing-masing didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001

 

12 Comments