Sah! Kerajaan Warisan beli Mercedes-Benz E350 harga RM399,888 untuk Menteri Kabinet Sabah
14:10 Oct 14, 2019  |  By SabahKini2
Sah! Kerajaan Warisan beli Mercedes-Benz E350 harga RM399,888 untuk Menteri Kabinet Sabah

Akhirnya sah Kerajaan Warisan membeli kereta mewah Mercedes-Benz E 350 berharga RM399,888. Dikala rakyat dibuang kerja, mengadu susah, hidup tertekan, kos sara hidup naik, rupanya Menteri Warisan sakan bergaya mewah.

KOTA KINABALU: Susulan pendedahan portal Sabahkini2 berhubung pembelian kereta mewah Mercedes-Benz E 350 AMG Line kepada barisan kabinetnya pada 6 Oktober lalu kini setelah disemak sah kenderaan itu milik kerajaan negeri yang baru.

Dikala rakyat mengadu dibuang kerja, kerajaan PH dan Warisan menggunakan alasan hutang, tiada wang malah kos sara hidup rakyat meningkat Kerajaan Negeri sanggup membeli Mercedes-Benz E 350 AMG Line berharga RM399,888 untuk kegunaan menterinya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Negeri belanja RM11.6 juta beli Mercedes-Benz E 350 untuk kabinet negeri? ]

KENDERAAN KHAS MENTERI NOMBOR SIRI SWA 2264

 

Sebelum ini tular laman sosial mengenai kenderaan mewah bernombor bernombor pendaftaran SWA2264, SWA2256 dan lain-lain yang diletakkan di Jabatan Kerja Raya Kota Kinabalu.

Semakan Sabahkini2 menunjukkan kenderaan Mercedes-Benz E 350 itu didaftarkan atas Pengarah Kerja Raya Sabah bertarikh 29 Julai 2019.

Ini bermakna jika Kerajaan Negeri membeli Mercedes-Benz E350 bermakna kerajaan negeri membelanjakan RM11.6 juta bagi 29 ahli anggota pentadbiran negeri itu. Namun jika pembelian itu khusus untuk Speaker, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri dalam 12 anggota kos ditanggung ialah RM4.7 juta.

Tidak dipastikan peruntukan mana digunakan bagi pembelian kenderaan mewah untuk menteri itu kerana sebelum ini ia tidak pernah diumumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Pembelian kenderaan khas Menteri dan Pembantu Menteri tertakluk di bawah surat Pekeliling baru Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.02/2013 Pengurusan Kenderaan Kerajaan Negeri Sabah Untuk Pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

 

Urusan bagi penyelenggaran kenderaan anggota pentadbiran (Kabinet) ini dikawal selia oleh Pengarah JKR agensi di bawah Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Dalam ertikata lain Datuk Seri Shafie Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan meluluskan pembelian kenderaan mewah Mercedes-Benz E350 ini dan Datuk Peter Anthony menyelaraskannya.

Menurut pekeliling itu Ketua Menteri, Speaker, Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Timbalan Speaker dan pembantu menteri telah ditentukan kelayakan mereka.

Speaker, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri misalnya layak menggunakan sebuah kenderaan Saloon jenis Eksekutif (Setaraf Volvo). Pembelian Mercedes-Benz E350 ini adalah kategori setaraf Volvo.

 

 

 

 

8 Comments