(VIDEO) Kali kelima YB DAP 'Beliau' mengamuk kini di balai polis!
08:10 Oct 17, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kali kelima YB DAP 'Beliau' mengamuk kini di balai polis!

Kali ini dia datang dengan watak baru. YB 'beliau' yang baru dapat gelaran datuk meraikan gelarannya untuk mengamuk kali kelima.Memang samseng YB DAP ni.

Ayer Keroh- Exco pertanian kerajaan negeri Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee  membuat laporan polis berhubung video tular yang memaparkan kejadian kekecohan melibatkan dirinya dan beberapa pegawai polis di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur.

Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Air Keroh, Melaka semalam pada jam lebih kurang 5.30 petang.

Menurut laporan Norhizam yang juga merupakan ADUN DAP Pengkalan Batu meminta pihak polis supaya membuka kertas siasatan terhadap anggota polis di Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur yang didakwa merakam kejadian tersebut yang menurutnya telah melanggar etika kerja.

Tambahnya lagi, beliau mengesyaki perbuatan itu berniat untuk menjatuhkan maruah dan kerjayanya selaku Adun dan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Beliau juga mendakwa rakaman itu dibuat oleh anggota polis di IPK tersebut yang bertugas antara pukul 2 hingga 5 petang semalam.

“Video yang tular juga tidak tepat dan tidak menyeluruh tentang kejadian sebenar. Dipercayai rakaman dan penularan video yang dibuat telah melanggar Etika kerja, Akta Kerahsiaan Kerajaan dan Akta 298 kawasan larangan dan tempat larangan 1959.” katanya.

Sebelum ini Norhizam Baktee sudah empat kali mengamuk dan tular melibatkan orang kampung dan kini kali kelima di balai polis.

(VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat!

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kali ketiga YB DAP Melaka mengamuk terserlah makin biadap dan menghina rakyat! ]

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Kali keempat Exco DAP Melaka mengamuk kini dengan pengayuh beca ]

 (VIDEO) Kali keempat Exco DAP Melaka mengamuk kini dengan pengayuh beca

Komen-komen netizen dalam media sosial menyelar sikap panas baran wakil rakyat DAP Norhizam Baktee itu.Ini kerana bagi mereka ini bukan kali pertama tetapi kali kelima video seumpama itu melibatkan Exco DAP.

5 Comments