[VIDEO] Menteri Kewangan janji 50 peratus, 40 peratus habuk pun tiada kata Anifah
01:10 Oct 18, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Menteri Kewangan janji 50 peratus, 40 peratus habuk pun tiada kata Anifah

Rakyat Sabah mahu mendapatkan kepastian bilakah kerajaan persekutuan dapat memulangkan semula apa yang tertunggak oleh kerajaan persekutuan kepada Kerajaan Sabah"

Demi manfaat rakyat Sabah Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Panglima Anifah Aman sekali lagi mengajak semua pemimpin Sabah tidak kira ideologi parti  bersama-sama bersatu menuntut dikembalikan hak wilayah ini yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Anifah ketika mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Ucapan Belanjawan  2020 berterima kasih atas peruntukan tertinggi yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak iaitu masng-masing RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion. 

Bagaimanapun Anifah menuntut janji Lim Guan Eng Menteri Kewangan memberi 50 peratus hasil tetapi tidak mampu melaksanakan.

"Menteri kewangan  sebelum pilihanraya berjanji mahu beri 50 peratus tetapi kini 40 peratus pun gagal diberi. Kita minta 40 peratus dia tai kita 50 peratus. Kini habuk pun tiada". kata Anifah.

Bekas Menteri luar itu turut menuntut agar royalti minyak 20 peratus itu ditunaikan memandangkan 5 peratus yang ditandatangani 1976 jumlah ini kini dilihat tidak adil pada zaman sekarang mengambil kira kos inflasi dan harga barangan tidak mungkin pembangunan fiskal dapat dilaksanakan dengan hanya 5 peratus daripada hasil minyak sedangkan Sabah pengeluar minyak terbesar di Malaysia.

Kerajaan Persekutuan juga katanya telah mengutip cukai tertinggi iaitu RM137 bilion jadi tidak mungkin tidak boleh menunaikan apa yang telah dijanjikan oleh Menteri Kewangan.

"Saya ingin mendapatkan kepastian bilakah kerajaan persekutuan dapat memulangkan semula apa yang tertunggak oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan Sabah". katanya

Begitu juga isu kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri Sabah. Apapun cara untuk mengatasinya termasuk pemberian dokumen terbaru langkah itu janganlah dilihat boleh memburukkan lagi keadaan.

“Kebimbangan rakyat Sabah khususnya berkaitan isu PTI wajar diambil serius oleh kerajaan kerana kita khuatir dan tidak mahu anak-anak tempatan kita menjadi pendatang di negeri sendiri,” katanya dalam sesi perbahasan itu.

 

 

 

 

3 Comments