Pembantu Menteri Kewangan mengaku beli kenderaan mewah RM3,158,106.71 untuk menteri kabinet
15:10 Oct 20, 2019  |  By SabahKini2
Pembantu Menteri Kewangan mengaku beli kenderaan mewah RM3,158,106.71 untuk menteri kabinet

Sekalipun tiada jawapan rasmi kementerian atau kerajaan negeri namun pengakuan dari tangkap layar pembantu menteri kewangan menunjukkan sejumlah RM3.1 juta telah dibelanjakan untuk kenderaan mewah Menteri Kabinet negeri.

Sehingga hari ini tidak ada jawapan rasmi dari Kerajaan Negeri berhubung pembeliaan kenderaan khas Menteri Kabinet Negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri. Setakat ini hanya blog nyamuk tidak rasmi membuat kenyataan kononnya pembelian kenderaan mewah Mercedes Benz E350 itu sebagai suatu penjimatan.

Bagaimanapun satu jawapan tangkap layar facebook daripada Pembantu Menteri Kewangan Saripuddin Hata tular menjawab persoalan itu dengan melampirkan surat kementeriannya berhubungan pembelian itu.


Tangkap layar Pembantu Menteri Kewangan Sariffudin Hata

Surat rujukan JKR.CKO.300-2/19/VOL1 (69) bertarikh 13 Mei 2019 itu menjelaskan harga Mercedez Benz E350 AMG Line berharga RM287,100.61 sebuah dan kos keseluruhan pembelian ialah RM3,158.106.71 untuk 11 ahli kabinet termasuk Speaker.

Bagi pemimpin Warisan mereka berpendapat RM3,158.106.71 sangat murah berbanding kadar sewa sebelum ini diuruskan oleh Angkatan Hebat. Kos sebelum ini termasuk selenggara bulanan.

Dengan pembelian kenderaan mewah ini untuk ahli kabinet sekali dalam perkhidmatan (5 tahun) bermakna kerajaan tetap melalui penyelenggaran yang mahal serta jika tamat tempoh kenderaan itu boleh dibeli oleh ahli kabinet dengan harga diskaun tertakluk kepada Pekeliling baru Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.02/2013 Pengurusan Kenderaan Kerajaan Negeri Sabah Untuk Pentadbiran Kerajaan Negeri

Ini belum termasuk kenderaan khas mewah untuk Land Cruiser untuk Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri.

Walau apapun alasan Kerajaan Negeri yang asyik menggunakan alasan tiada wang dan banyak hutang ini pembelian Mercedez Benz E350 dengan harga RM3,158.106.71 adalah tinggi. Kos ini boleh membina banyak pembangunan di Sabah untuk rakyat.

6 Comments