(VIDEO) DAP beri dana kepada pengganas LTTE, mengapa tak bubar DAP, beku akaun kata Bung
05:10 Oct 22, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) DAP beri dana kepada pengganas LTTE, mengapa tak bubar DAP, beku akaun kata Bung

Jika pemimpin Umno boleh dibekukan akaun kerana dituduh mengambil wang dana 1MDB, Mengapa DAP menyumbangkan dana kepada kumpulan pengganas.LTTE tidak diambil tindakan?

KECOH- UCAPAN BUNG MOKTAR MENGENAI LTTE

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh sekali lagi petang semalam apabila ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mencadangkan agar DAP dibubarkan ekoran dakwaan pemimpinnya ada hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, sekiranya ramai pemimpin Umno dibekukan akaun kerana dituduh mengambil wang dana 1MDB, apakah pula tindakan kerajaan bagi pertubuhan yang didapati meyumbangkan dana kepada kumpulan pengganas.

“Menurut Akta Pertubuhan 1966, mana-mana pertubuhan yang terlibat dengan aktiviti keganasan boleh dibubarkan.

“Adakah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang untuk bubarkan DAP sebab terlibat dengan LTTE,” katanya sewaktu membahas Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan tersebut disanggah oleh Cha Kee Chin (DAP-Rasah) yang menggesa Bung supaya menarik balik kenyataan tersebut.

Sementara itu RSN Rayer (DAP-Jelutong) melaungkan “peraturan mesyuarat” di sebalik kekecohan tersebut.

“Ini melampaulah Yang Berhormat,” katanya.

Awal bulan lalu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan pihak polis selepas terbabit dalam upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan Bukit Aman bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.Jumlah itu meningkat menjadi 7 orang. Turut diambil keterangan P Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

[VIDEO] Dua Adun DAP terlibat Pengganas LTTE ditahan polis, selepas ini P Ramasamy?

Mereka disiasat kerana dipercayai ada hubungan dengan LTTE, kumpulan pemisah yang terbabit dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

Kesemua anggota LTTE itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Dua Adun DAP terlibat Pengganas LTTE ditahan polis, selepas ini P Ramasamy? ]

 

 

 

5 Comments