VK Liew berang dituduh LDP songlap wang pemberian Najib RM1.01 juta
23:10 Oct 22, 2019  |  By SabahKini2
VK Liew berang  dituduh LDP  songlap wang pemberian Najib RM1.01 juta

Menteri Warisan VK Liew tidak mahu menjawab isu menerima dana wang Najib RM3.5 juta dan mengapa dia tidak didakwa. VK Liew lebih berminat menjawab tuduhan LDP bila masa dia songlap wang LDP?

KOTA KINABALU- Sekalipun terus berdiam diri berhubung dakwan menerima RM3.5 juta dana dari akaun Najib kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengugut akan membuat laporan polis berhubung tuduhan pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) yang mendakwa beliau mengeluarkan RM1.01 juta daripada parti itu semasa beliau menjadi presiden parti berkenaan.

Katanya beliau menerima dua afidavit bertarikh 16 Ogos, di mana Presiden LDP Datuk Chin Su Phin dan bendahari Fong Keng Sin mendakwa menteri yang bertanggungjawab dalam soal berkaitan undang-undang itu telah menandatangani dua cek pada awal Mei 2013.

"Saya dimaklumkan menerusi dua afidavit yang difail oleh Datuk Chin dan Fong yang mengatakan bahawa dua cek yang dikeluarkan pada 2 Mei 2013 dan 3 Mei 2013 telah ditunaikan dan digunakan (dibelanjakan) oleh saya.

"Ini adalah fitnah dan mereka memberikan kenyataan yang palsu dalam afidavit itu,” katanya

Liew berkata cek pertama bertarikh 2 Mei 2013 adalah bagi jumlah RM910,000 manakala cek kedua dikeluarkan bagi jumlah RM100,000.

Liew berkata beliau tidak menandatangani kedua-dua cek itu, dan beliau mempunyai salinan setiap cek berkenaan, yang memang tidak tertera tanda tangannya.

"Cek yang didakwa mereka itu mempunyai tanda tangan Fong dan ada dua lagi tanda tangan, satu oleh Chin dan satu lagi oleh Datuk Teo Chee Kang yang merupakan setiausaha agung parti ketika itu,” katanya.

Liew adalah presiden parti LDP dari 2006-2014, yang meninggalkan parti itu pada 2018 sebelum menyertai Parti Warisan Sabah sebagai pengerusi tetap.

Sebelum ini tular resit penerimaan RM2 juta bertarikh 19 April 2013 daripada Dato’ Sri Najib Tun Razak yang diberikan kepada Datuk VK Liew selaku Presiden Parti LDP ketika itu.Turut ditularkan cek RM2 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti resit, cek RM2 juta Menteri JPM terima wang Najib, mengapa tak dakwa bawah AMLA atau Akta SPRM 2009? ]

Bukti resit, cek RM2 juta Menteri JPM terima wang Najib, mengapa tak dakwa bawah AMLA atau Akta SPRM 2009?

Kisah salah guna kuasa VK Liew sudah dilaporkan media sejak 2018 lagi.

Selaku Presiden LDP sudah tentu Presiden mempunyai kuasa terhadap parti termasuk arahan mengeluarkan wang atau menerima dana daripada Perdana Menteri. Menggunakan isu teknikal bukan dia menandatangani cek adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab kerana semua mengetahui kuasa Presiden dan keputusan majlis tertinggi parti dalam hal kewangan.

Sekalipun kes LDP berjaya mendapat kembali baki wang RM500,000 dan hanya RM9,560.96 yang disita VK Liew tetap tidak berpuas hati dengan dua kandungan afidavit Presiden LDP Datuk Chin Su Phin dan bendahari Fong Keng Sin yang menuduhnya salah guna kuasa dan memalukan dirinya selaku Menteri JPM (Undang-undang).

VK Liew cuba mengalih isu ke arah salah guna kuasa wang LDP sedangkan fokus sebenar ialah mengapa beliau selaku penerima wang yang dikait 1MDB itu tidak disiasat SPRM malah didakwa di mahkamah.

Menurut seorang pengguna facebook Firman berkata SPRM jelas sedang melindungi dan menutup kesalahan Datuk VK Liew. Hanya kerana dia Menteri Undang-undang beliau kebal.

“Mengapa pemimpin UMNO yang dituduh menerima wang 1MDB dan pihak lain seperti bekas Timbalan Presiden PAS yang juga CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) didakwa tetapi VK Liew tidak.

“Malah hari ini sangat mengejutkan 33 pertuduhan terhadap bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berjumlah RM4 juta satu pun tidak menyebut dana 1MDB”. Katanya.

 

 

Comment