(VIDEO) 33 pertuduhan kes, bukti saya tak terima wang Umno atau 1MDB kata Nasharudin
09:10 Oct 23, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) 33 pertuduhan kes, bukti saya tak terima wang Umno atau 1MDB kata Nasharudin

30 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM3.6 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM302,069.60.

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa berhubung 30 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM3.6 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM302,069.60.

Tuduhan pecah amanah jenayah itu didakwa mengikut Kanun Keseksaan.

Ia didakwa dilakukan sejak 2015, manakala pertuduhan pengubahan wang haram pula dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Rozilah Salleh.

Bekas anggota parlimen PAS itu ditahan sepasukan pegawai SPRM petang semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat agensi antirasuah itu Putrajaya. 

KLIK https://drive.google.com/file/d/1Lc-X8tPL45DueXU-GWXICRzlpCiAP0DW/view

Bagi Nasharudin Mat Isa jelas tuduhan beliau sebelum ini kononnya menerima RM90 juta adalah palsu. Tiada satupun yang menyebut mengenai wang itu dan kaitannya dengan 1MDB.

 

1 Comment