3 PTI Filipina, 2 tempatan edar dadah ditangkap, Nissan Fairlady,wang tunai barang kemas dirampas
23:10 Oct 24, 2019  |  By SabahKini2
3 PTI Filipina, 2 tempatan edar dadah ditangkap, Nissan Fairlady,wang tunai barang kemas dirampas

Nampak tak betapa kayanya PTI Filipina hidup di Sabah. Mereka mampu miliki rumah, barang kemas dan kenderaan mewah.Perniagaannya hanya jual dadah.Akhirnya kantoi.

LAHAD DATU- Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu berjaya menahan 5 Pengedar Dadah serta merampas dadah, pelbagai barang kemas termasuk wang tunai, 2 buah kenderaan dianggarkan bernilai lebih RM200 ke RM300 ribu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejayaan tersebut hasil serbuan dalam Ops Tapis di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sri Perdana pada 17 oktober lalu kira-kira pukul 4.20 petang.

Menurutnya, dalam serbuan tu, suspek masing-masing 2 warga tempatan iaitu seorang wanita dan lelaki, manakala yang lain iaitu 2 wanita dan seorang lelaki merupakan warga Filipina.

Dalam kenyataannya kepada media, ACP Nasri berkata, hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan, pihaknya menjumpai sebuah beg mengandungi 2-piket plastis lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 100.76 gram selain turut menjumpai bungkusan plastis mengandungi matawang Malaysia berjumlah kira-kira 65 ribu ringgit.

Pemeriksaan lanjut, pihaknya turut merampas pelbagai barangan lain antaranya 5 utas jam tangan pelbagai jenama, 4 beg tangan juga pelbagai jenama, 9utas gelang tangan, 3utas rantai leher, manakala masing 2 bentuk subang dan cincin.

Pihaknya juga merampas dua buah kenderaan termasuk Nissan Fairlady,  bersama anak kunci dan alat kawalan jauh.

Ujian saringan air kencing mendapati kesemua Negatif dadah selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - BesTawau

Comment