Sabah catat 4,423 kes denggi kelima tertinggi, ketiga tertinggi kes kematian dalam tempoh 10 bulan
02:10 Oct 25, 2019  |  By SabahKini2
Sabah catat 4,423 kes denggi kelima tertinggi, ketiga tertinggi kes kematian dalam tempoh 10 bulan

Selangor kekal negeri tertinggi 59,282 kes, Wilayah Persekutuan (13,410), Johor (9,138), Kelantan (4,974), Sabah (4,423), Pulau Pinang (3,781) dan Perak (2,567).

Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan jumlah kematian ketiga terbesar di negara ini dari Januari hingga 5 oktober, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kementerian, dalam tweetnya Rabu, menyenaraikan lima negeri teratas untuk tempoh itu - Selangor (49 kematian), Johor (23), Sabah (20), Pulau Pinang (sembilan) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang (8).

"Dari 1 Jan hingga 5 Oktober, 149 orang telah meninggal dunia akibat demam denggi. Menurut Tweet kementerian itu.

25 September lalu Portal Sabahkini2.com sebelum ini melaporkan statistik denggi sehingga 24 September 2019 yang dikeluarkan laman sesawang iDengue di pautan http://idengue.arsm.gov.my/  Kementerian Kesihatan mencatatkan kes denggi seluruh negara ialah 99,166 meningkat mendadak 26,810 kes selepas dilaporkan Menteri Kesihatan julai lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dahsyat! 99,166 kes Denggi, Selangor 54,997 kes sehingga 24 September 2019]

Semakan terbaru sehingga 24 Oktober 2019, kes denggi Malaysia kini 107,978 kes, dan melibatkan 153 kematian. Selangor kekal negeri tertinggi 59,282 kes, Wilayah Persekutuan (13,410), Johor (9,138), Kelantan (4,974), Sabah (4,423), Pulau Pinang (3,781) dan Perak (2,567).

 

Walaupun Negeri Sabah secara keseluruhan kelima tertinggi kes denggi namun kes denggi yang berlaku secara harian Sabah berada kedudukan ketiga sebagaimana kematian akibat denggi.

Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye dipetik sebagai berkata bahawa jumlah itu dalam keadaan trend yang mendadak naik dijangka boleh mencecah 150,000 kes menjelang akhir tahun jika usaha tidak diambil untuk mengawal penyakit itu.

Julai lalu dalam satu majlis yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong melaporkan 2,707 kes demam denggi melibatkan 13 kematian sejak Januari sehingga 6 Julai (tempoh 6 bulan). Ini bermakna dalam tempoh 4 bulan peningkatan kepada 1716 kes denggi.

Kluster dan Hotspot Denggi

Bagi kluster denggi atau merupakan kawasan di mana terdapat dua atau lebih kes denggi berlaku dalam kawasan 200 meter radius dari kes indeks dalam tempoh 14 hari daerah di Sabah 30 lokaliti denggi dikenalpasti di 5 daerah utama iaitu Kota Kinabalu, Kinabatangan, Lahad Datu, Sandakan dan Semporna. Kg Likas, Cenderamata, Kg Warisan PH, Kolombong, PPR Taman Gum Gum, Tinusa, Kg Bukit Tiga dan lain-lain lagi seperti dalam rajah.

 

 30 lokasi ini di 5 daerah perlu diatasi segera

 

1 Comment