Padan muka! Akhirnya Rahman saman Rafizi
15:12 Dec 14, 2017  |  By SabahKini2
Padan muka! Akhirnya Rahman saman Rafizi

"Berdasarkan keterangan dan tuduhan yang dilemparkan, saya melantik peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk menamatkan fitnah berterusannya,"

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan telah mengarahkan peguam mengambil tindakan terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kerana menuduh beliau melakukan nepotisme berkenaan tender Expo Negaraku 2017.

Rahman berkata, tindakan diambil bagi menghentikan fitnah Rafizi.

"Berdasarkan keterangan dan tuduhan yang dilemparkan, saya melantik peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk menamatkan fitnah berterusannya," kata Abdul Rahman.

Rafizi dalam sidang media awal minggu ini mendakwa, individu bernama Raslan Dahlan, ketua pegawai eksekutif di PICO Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd, merupakan abang kepada Rahman dan diberi tender untuk melaksanakam Expo Negaraku yang bermula 15 November hingga 15 Disember 2017.

Rafizi kemudiannya memadam rakaman video dan kenyataan sidang media dari laman Facebook miliknya tidak lama selepas itu.

Sehari selepas itu, Rafizi membuat permohonan maaf kepada Raslan dan mengakui beliau tersilap kerana menuduhnya abang kepada Rahman. Bagaimanapun tidak memohon maaf kepada Rahman Dahlan.

Pada sidang media 12 Dis Rafizi kemudian membangkitkan persoalan mengenai kos yang ditanggung kerajaan untuk menjayakan ekspo berkenaan malah mencabar Rahman Dahlan menyamannya. Rafizi berkata dia hanya bertanya soalan sahaja.

Rahman hari ini berkata Rafizi pada sidang media dengan penuh keyakinan berkata beliau sudah melakukan kajian dan siasatan untuk membuktikan dakwaannya itu.

“Saya mempunyai bukti Rafizi menghubungi Raslan Dahlan selepas sidang medianya melalui aplikasi mesej Facebook bertanyakan sama ada beliau adalah abang saya.

“Ini menunjukkan Rafizi tidak pasti dengan faktanya. Selain itu, demi cita-cita politiknya, dia memfitnah saya,” kata Rahman.

Sementara itu M Reza berkata pihaknya mendapat arahan daripada Abdul Rahman untuk mengambil langkah undang-undang ke atas Rafizi.

"Kami diarahkan supaya meneruskan segala proses perundangan yang perlu bagi memastikan hak anak guam kali dilindungi undang-undang, termasuk - tetapi tidak terhad - memulakan prosidur perundangan pada kadar segera," katanya.

 

 

3 Comments