PH pertaruh Arkitek 'PALSU' calon PRK Tanjung Piai
03:10 Oct 29, 2019  |  By SabahKini2
PH pertaruh Arkitek 'PALSU' calon PRK Tanjung Piai

Nampaknya PH meneruskan tradisi kepalsuan ini. Dari sijil palsu Timbalan Menteri, MB Perak, Johor malah PHD palsu calon PRK Semenyih. Kini Arkitek Palsu pula di Tanjung Piai

Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) parlimen berkenaan.

Pencalonan Karmaine, 66 diumumkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Tanjung Piai semalam.

Berasal dari Pontian, Karmaine digambarkan sebagai seorang tokoh agama tempatan dan pernah menjadi Imam Masjid Al-Muttaqin di Johor Bahru serta Pengerusi Biro Agama Bersatu Johor.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Karmaine bertanding di kerusi parlimen Pontian, tetapi tewas kepada calon BN, Ahmad Maslan dengan  majoriti 833 undi.

Bekas guru di SMK Teluk Kerang itu sebelum ini bertugas sebagai pembantu teknik dan gambarkan sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di antara tahun 1980 hingga 2000. Kempen PRU14 sebelum ini turut menguarkan beliau sebagai seorang artikek. 


Poster PRK Tanjuang Piai- Masih guna Arkitek

Semakan dalam laman Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Karmaine Sardini tidak berdaftar sebagai seorang arkitek. Bagaimanapun pelaporan media mengenai beliau secara besar-besaran ialah seorang arkitek.  Mengikut Akta Jurutera 1967, seseorang jurutera tidak dibenarkan membuat amalan atau praktis tanpa kelayakan ataupun gelaran Ir.


Laporan sebagai arkitek


Sejak bertempur dengan Datuk Ahmad Maslan di Pontian beliau memulakan dengan Profesyen Arkitek

Sebelum ini Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan beberapa pemimpin PH seperti bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Paul Yong Choo Kiong, Adun Tronoh, Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak dan Lim Guan Eng Menteri Kewangan (Sijil Akauntan Bertauliah), Datuk Jaujan Sambakong dan calon Bersatu di PRK Semenyih dikaitkan dengan sijil palsu.

Yang Palsu

Ketika mengumumkan pencalonan Karmaine, Muhyiddin menggariskan lima isu utama termasuk menangani kos sara hidup, meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia tempatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Nov sebagai hari penamaan calon dan 16 Nov sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil parlimen itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42 meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu.

 

13 Comments