Kini Bank China, CCB biayai secara PFI projek jambatan Labuan-Menumbok
15:10 Oct 30, 2019  |  By SabahKini2
Kini Bank China, CCB  biayai secara PFI projek jambatan Labuan-Menumbok

Projek Jambatan Labuan ke Menumbok Sabah yang akan dibina secara PFI akhirnya bakal dibiayai oleh bank China, CCB. Hutang dengan China juga.

LABUAN: Bank kedua terbesar dunia, China Construction Bank (CCB), bersedia membiayai projek jambatan Labuan-Menumbok, didorong kedudukan kewangannya yang kukuh.

CCB, yang membuka cawangannya secara rasmi pada Jumaat di Labuan – pusat kewangan antarabangsa Malaysia – memiliki kemampuan dan kepakaran kewangan untuk memastikan projek itu dibiayai secara kewangan, kata Naib Presiden 1 CCB Labuan, Alvin Han Jiunn Kwang.

Projek yang dicadangkan untuk menghubungkan pulau ini dengan tanah besar Sabah melalui Menumbok, secara inisiatif kewangan swasta (PFI), dijangka diberikan pada akhir 2020, dengan tempoh satu tahun untuk penilaian cadangan yang dikemukakan mulai akhir tahun ini.

Han berkata pihaknya juga bersedia untuk membiayai projek bandar pintar Labuan sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030.

“CCB, yang ditubuhkan sejak sekian lama, mempunyai kestabilan kewangan dan kami di sini untuk bersedia sepenuhnya menyediakan kemudahan perbankan kepada projek pembinaan infrastruktur berskala besar tempatan di pulau ini, termasuk jambatan Labuan, bandar pulau lestari dan pintar Labuan dan pelabuhan bersepadu Labuan,” katanya 

Beliau berkata demikian selepas perasmian bank itu di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan  di sini.

Han menyatakan keyakinan bahawa penyertaan bank itu ke dalam Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) akan mewujudkan pertumbuhan menggalakkan bagi ekonomi tempatan dalam tempoh terdekat.

“Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (FSA) telah meluluskan CCB Labuan sebagai bank digital pertama dan melantik CCB Labuan sebagai bank penjelasan renminbi yang ditetapkan dalam Labuan IBFC,” katanya.

CCB Labuan, yang memulakan operasi pada 3 September, kini merupakan antara lebih 6,000 syarikat aktif di Labuan IBFC.
 


Ini  menjadi petanda baik bagi menyokong entiti domestik dan antarabangsa di Labuan dan serantau melalui penyediaan akaun deposit perkhidmatan kewangan, kemudahan kredit dan produk perbendaharaan, pembiayaan perdagangan serta kemudahan e-perbankan.

Beliau berkata CCB Labuan juga akan memudahkan proses kemudahan kewangan terutama bagi pelabur China yang ingin menjalankan perniagaan di Labuan.

Naib Presiden, Francis Lo Vun Khin berkata: “kami bekerjasama dengan China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCBM) dari segi operasi dalaman”.

Han berkata strategi utama CCB Group ialah untuk membangunkan ekosistem kewangan digital dengan menggunakan teknologi kewangan bagi meningkatkan akses pelanggan kepada keperluan perbankan secara maya melalui rangkaian produk dan perkhidmatan borong dan runcit yang komprehensif.

Pada akhir 2018, permodalan pasaran China Construction Bank Corporation mencecah US$207.18 bilion, berada di ranking kelima dalam kalangan bank tersenarai di dunia. Ia juga di kedudukan kedua antara bank global dari segi modal peringkat 1.
 
Perasmian CCB Labuan disempurnakan secara bersama antaranya oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, Ketua Pengarah Labuan FSA Danial Mah Abdullah dan Ahli Parlimen DAP Cheras, Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai. 
 
 
 
6 September lalu Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengumumkan projek pembinaan Labuan ke Sabah, dijangka akan dianugerahkan kontraknya pada hujung tahun 2020 dan bakal dilaksana secara PFI.

“Kita ketahui kekangan kewangan kerajaan, dan jambatan yang dicadangkan itu mungkin akan dibuat melalui initiatif pihak swasta (PFI) dan sama ada ia melalui pertukaran tanah ataupun perjanjian konsesi seperti tol, kita akan tentunya memutuskan perkara tersebut,” katanya.
 
Sebelum PRU ke 14 kempen Pakatan Harapan adalah membenci China dan setiap apa yang dilakukan kerajaa BN dianggap Malaysia menjual aset atau membuat pinjaman kepada China. Namun kini kerajaan PH juga melantik China Construction Bank (CCB) membiayai projek jambatan secara private finance initiative (PFI).
 
Nampaknya usaha DAP memperkasa  CCB begitu hebat sekali. Lim Guan Eng dan DAP pastinya sangat berbangga memberi kelulusan kepada China Construction Bank Labuan (CCBL), bank luar pesisir asing pertama  untuk menjalankan aktiviti perbankan digital di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

 

 

6 Comments