(VIDEO) Dihina tiada IC, selalu 'check in' hotel, pelajar perempuan Kg Pisang dan panji bergaduh
22:11 Nov 01, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Dihina tiada IC, selalu 'check in' hotel, pelajar perempuan Kg Pisang dan panji bergaduh

Remaja Kg Pisang mengatakan remaja perempuan Kg Panji tidak mempunyai dokumen dan selalu check in di hotel.Hinaan itu menyebabkan kumpulan remaja dari Kampung Panji tidak berpuas hati..

LAHAD DATU: Tujuh pelajar perempuan daripada dua kumpulan ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di kawasan Padang Bandaran Lahad Datu baru-baru ini.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang mangsa yang juga pelajar berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bersama rakan-rakannya dari Kampung Panji berjumpa dengan sekumpulan remaja perempuan dari Kampung Pisang.

“Perjumpaan itu bertujuan membincangkan perselisihan faham antara mereka berkaitan isu tempat tinggal mereka.

“Bagaimanapun, kumpulan remaja Kampung Pisang mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa.

"Remaja Kg Pisang mengatakan remaja perempuan Kg Panji tidak mempunyai dokumen dan selalu check in di hotel.

“Hinaan itu menyebabkan kumpulan remaja dari Kampung Panji tidak berpuas hati dan mengajak remaja dari Kampung Pisang untuk berjumpa di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan

Berikutan laporan itu, Nasri berkata, tangkapan dibuat terhadap remaja yang terbabit dalam pergaduhan di sekitar Kampung Panji dan Kampung Pisang bagi membantu siasatan.

 

2 Comments