Bajau Suluk ambil alih Pasar Malam Inanam,undang padah jika usik tradisi Dusun dan Bajau Samah
23:11 Nov 02, 2019  |  By SabahKini2
Bajau Suluk ambil alih Pasar Malam Inanam,undang padah jika usik tradisi Dusun dan Bajau Samah

Cubaan ambil alih Pasar Malam Inanam oleh Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah (PKBSS) bakal cetus kemarahan KDM dan Bajau Samah yang mengendalikan Pasar Malam itu sejak sekian lama. Menurut Jumat Idris ia tradisi dua kaum yang tertulis pada Batu Sumpah.

KOTA KINABALU – Sepucuk surat daripada Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah (PKBSS) kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu tular hari ini dalam laman sosial facebook dan aplikasi whatapps mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Ia susulan penularan surat Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah memohon kelulusan untuk mengambil alih pengurusan Pasar Malam kawasan Inanam

Warganet dalam komen-komen laman sosial nampaknya mengecam permohonan itu sebagai satu usaha rampasan dari kaum asal.

“Dah tak terkawal nafsu mereka ini untuk dominan peluang peluang yang sebelum ini dipelopori oleh kaum orang asal.

“Saya cadangkan agar tamu dan pasar malam Pekan Inanam dikendalikan oleh DBKK, perlu diingat bahawa batu sumpah yang tertanam di pusat tamu ITU adalah simbol keamanan, perpaduan, kesejahteraan dikalangan pengunjung, peniaga dari pelbagai kaum dan anutan agama. Jangan sesekali nodai batu sumpah tersebut kelak membawa padah”.kata Rocky Mabin.

Bekas ahli parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris yang ditanya oleh pelbagai pihak berhubung status permohonan PKBSS dalam facebooknya bahawa bukan satu kesalahan untuk PKBSS membuat permohonan namun mengingatkan tentang tradisi dusun dan Bajau Samah mengenai Batu Sumpah di tapak pasar Pekan Inanam itu.

“Secara tradisinya pasar malam ini diurus oleh Persatuan penjaja di bawah ADUN Inanam. Dan memang lah kaum  KDM yang menjadi teras utama pasar malam ini kerana inanam adalah kawasan KDM

“Tetapi perlu diingat bahawa pasar malam dan tamu ada kaitan dengan tradisi dusun dan bajau samah dan ada batu sumpah di tapak pasar ini. Jika diusik tradisi dan adat dua kaum ini maka akan mengundang padah. Sekadar memberi pencerahan”. katanya dalam facebook yang mendapat hampir 500 komen daripada netizen menyelar tindakan PKBSS itu.

Setakat ini belum ada respon daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Ahli Parlimen Sepanggar dan juga Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah.

Semakan menunjukkan Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah (PKBSS) ditubuhkan Pada 18 Ogos 2014. Presiden terbarunya ialah Puan Normina Abdul.


Pengerusi PKBSS sekarang- Puan Normina Abdul.

 

32 Comments