Seksyen 62 Akta SPRM Sah!10 Januari 2018 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
02:12 Dec 15, 2017  |  By SabahKini2
Seksyen 62 Akta SPRM Sah!10 Januari 2018 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan bahawa peruntukan itu adalah mengikut perlembagaan dan bukannya ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kegembiraan Lim Guan Eng Eng meraikan kemenangannya di Mahkamah Rayuan 7 Ogos lalu nampaknya berakhir apabila Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 62 Akta SPRM yang mensyaratkan tertuduh memfailkan pembelaan sebelum perbicaraan, adalah tidak sah.

Gembira jadi Duka!


Kegembiraan Lim Guan Eng dalam Facebook.


Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan bahawa peruntukan itu adalah mengikut perlembagaan dan bukannya ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan hormat, kami tidak bersetuju (dengan Mahkamah Rayuan)," kata Raus ketika membuat keputusan hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan.

Lebih memanaskan telinga Lim Guan Eng dan Betty Chew apabila Raus mengarahkan pengurusan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng - yang mencabar perlembagaan Seksyen 62 Akta SPRM - diadakan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 10 Januari 2018.

Seksyen 62 Akta SPRM menyebut bahawa apabila telah berlaku penyerahan dokumen oleh pihak pendakwa mengikut Seksyan 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh perlu menyerahkan dokumen berikut kepada pihak pendakwa sebelum perbicaraan bermula:

(a) Suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya; dan

(b)suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.

Pada 30 Jun tahun lalu, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd milik Phang Li Koon ahli perniagaan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang yang juga penjual rumah kepada Lim Guan Eng.

Untuk rekod Betty Chew Gek Cheng isteri Lim Guan Eng juga pernah menanggotai AJK Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang bersama Phang Li Koon.

Lim Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim menghadapi tuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang didakwa beliau ketahui tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta.

Tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Untuk rekod Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor pernah dituduh bersalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibawah akta sama dan dipenjarakan selama 12 bulan pada tahun 2015 dan dibebaskan secara parol pada Mac 2016.

Menurut sumber Lim Guan Eng menyedari akan kalah kes perbicaraan rasuah ini jadi beliau hanya mahu melengahkan kes ini dengan mencabar Seksyen 62 Akta SPRM sehingga Pilihanraya umum ke 14. 

 

Comment