Tayar pecah, netizen 'troll' tanam pokok pisang, kini sebabkan kematian tapi JKR Sabah masih tidur!
02:11 Nov 05, 2019  |  By SabahKini2
Tayar pecah, netizen 'troll' tanam pokok pisang, kini sebabkan kematian tapi JKR Sabah masih tidur!

Walau begitu banyak aduan kereta rosak, tayar pecah, rim patah malah netizen geram tanam pisang di jalan berlubang. Tetapi JKR yang ambil alih dari konsesi Juta Hajat selenggara jalan buat bodoh.Akhirnya sebabkan kematian.

BEAUFORT: Sekalipun begitu banyak aduan terhadap kerosakan jalan yang menyebabkan kereta rosak termasuk menanam pokok pisang di jalan berlubang namun tiada tindakan daripada JKR Sabah sehinggalah semalam seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandunya  di Kilometer 25, Jalan Beaufort – Sipitang.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Nahrizan Mahsah, 38, kakitangan kerajaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.


Kredit- Sabahan Info

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta jenis Perodua Myvi seorang diri dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju pulang ke rumahnya di Sipitang.

“Setiba di lokasi kejadian yang berselekoh, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik beberapa kali.

Azmir berkata mangsa yang dipercayai mengalami kecederaan parah dibahagian dalaman badan meninggal dunia di lokasi kejadian disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Beaufort.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati permukaan jalan basah kerana hujan manakala kawasan sekitar gelap tanpa lampu jalan serta jalan berselekoh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk tindakan lanjut dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Untuk rekod jalan ini sebelum ini diselenggara oeh syarikat Juta Hajat Sdn Bhd- Syarikat Kumpulan Kemajuan KK (Sabah) Sdn Bhd JV namun telah ditamatkan kontrak 22 September 2019. Tanggungjawab itu kini diambil alih oleh Cawanga Pemeliharaan Jalanraya JKR Sabah.


Kini kuasa JKR-Selepas ambil alih mereka buat bodoh

Pelbagai aduan dalam laman sosial oleh pemandu dan orang ramai yang lalu di Jalan Beaufort -Sipitang tidak pernah diendahkan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Haji Musah berkata, JKR dan kontraktor yang membina Lebuhraya Pan Borneo di pakej berkenaan perlu menyelenggara jalan tersebut yang kini dalam keadaan yang amat teruk.

Katanya, jalan itu bukan sahaja berlubang di sana sini, malah tanah lumpur melimpah ke jalan apabila hujan akibat kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang kini sedang rancak dijalankan.

“Keadaan Jalan Beaufort-Sindumin memang amat menyedihkan kerana tidak diselenggara selepas kontraktor Lebuhraya Pan Borneo mulai melakukan kerja pembinaan.

“Banyak pengguna jalan raya yang melalui jalan itu mengalami kemalangan dan pecah tayar, rim akibat jalan berlubang, tidak rata dan berlumpur. Dan terkini kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pengguna.

“Saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengguna jalan raya yang meninggal dunia akibat kemalangan semasa melalui jalan tersebut”, katanya dalam kenyataan ketika mengulas kemalangan itu.

“Kita tidak mahu kemalangan sehingga meragut nyawa pengguna berulang akibat kerosakan jalan itu yang tidak dibaiki oleh pihak berwajib”, tegasnya.

Jangan terhantuk baru tengadah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor Lebuhraya Pan Borneo perlu segera bertindak membaiki dan menyelenggara Jalan Beaufort-Sindumin yang rosak teruk itu.

Apakah kerajaan negeri mahu mengorbankan lebih banyak nyawa lagi? Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony sepatutnya mengarahkan pembaikan segera dilakukan bukan sibuk merasmikan projek jalan yang dirancang dan bina zaman BN.

 

 

7 Comments