Wang Zakat “Harus” diberi kepada bukan islam tetapi hanya mengikut 'kes' di Sabah
18:11 Nov 07, 2019  |  By SabahKini2
Wang Zakat  “Harus” diberi kepada bukan islam tetapi hanya mengikut 'kes' di Sabah

“Dalam fatwa itu kita telah meluaskan tafsiran muallaf kepada bukan Islam, yang termasuk asnaf muallaf ini ialah bukan Islam dan mereka boleh diberikan zakat tetapi mengikut kes,”Seperti yang mahu memeluk Islam.

KOTA KINABALU- Fatwa mengenai pengagihan wang zakat untuk orang bukan Islam di Sabah telah dikeluarkan sejak lima tahun lalu namun pelaksanaannya bergantung kepada keadaan khusus dengan mengambilkira kutipan zakat dan keutamaan adalah masyarakat Islam.

Menjelaskan perkara itu, Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata berdasarkan fatwa itu, hukum untuk memberikan zakat kepada orang bukan Islam di negeri ini adalah “harus” tetapi bergantung kepada sesuatu keadaan penerima itu.

“Kita sudah keluarkan fatwa lima tahun lalu bahawa pengagihan zakat itu kepada yang memerlukan termasuk asnaf fakir atau miskin, walaupun bukan Islam dibolehkan (menerima zakat).

“Dalam fatwa itu kita telah meluaskan tafsiran muallaf kepada bukan Islam, yang termasuk asnaf muallaf ini ialah bukan Islam dan mereka boleh diberikan zakat tetapi mengikut kes,” katanya ketika ditemui pada majlis tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah, di Wisma Muis di sini hari ini.

Bungsu Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai pengagihan zakat kepada orang bukan Islam di negara ini.

Beliau bagaimanapun berkata dari segi pengagihan itu adalah bergantung kepada Pusat Zakat dan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di negeri ini, mereka perlu rujuk kepada fatwa mengenai perkara itu.

Baru-baru ini Negeri Selangor melalui titah Sultan Sharafuddin Idris Shah kutipan zakat hendaklah diagihkan kepada lapan golongan asnaf, termasuk asnaf fakir dan muallaf (saudara baru) dalam kalangan umat Islam sahaja walaupun agihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan.

Agihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan sekiranya ia menjadikan penyebab individu berkenaan memeluk Islam di bawah asnaf Mu’allafati Qulubuhum.

Turut memberi memberi kebenaran atas kes khas ialah Mufti Perlis Dr Maza.

 

 

1 Comment