Amarjit Singh lari SPRM serbu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah?
03:11 Nov 08, 2019  |  By SabahKini2
Amarjit Singh lari SPRM serbu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah?

Dulu Amarjit penentang kuat pembinaan empangan. Jadi Pengarah JANS terus tandatangan surat tawaran kontraktor Wira Syukur (M) Sdn Bhd syarikat pembina terowong Pulau Pinang pada 10 Oktober ketika mahkamah isytihar Amarjit dilantik secara haram

KOTA KINABALU- 29 Oktober lalu menurut sumber dilaporkan terdapat serbuan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Jabatan Air Negeri Sabah.

Bagaimanapun Pengarahnya Datuk Amarjit Singh dikatakan melarikan diri dari pintu belakang.

18 Oktober lalu tular surat tawaran projek Empangan Papar kepada  syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd yang ditandatangani oleh Amarjit Singh pada 10 Oktober 2019 iaitu selepas kontroversi keputusan mahkamah mengisytiharkan pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah sebagai tidak sah mengikut undang-undang.

Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd merupakan anak syarikat Vizione Holdings Bhd yang juga pemegang saham dalam syarikat pembinaan terowong kotroversi Pulau Pinangn dalam syarikat Consortium Zenith Contruction Sdn Bhd.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

SPRM wajar menyiasat pelantikan pembina terowong Pulau Pinang oleh Amarjit Singh itu yang dilihat banyak kemusykilan seolah-olah ditandatangani secara tergesa-gesa mengelak isu perisytiharan mahkamah itu yang sepatutnya diputuskan terlebih dahulu oleh Mahkamah Rayuan.

Amarjit Singh penentang Empangan Papar?

Dalam satu video Amarjit Singh yang tular didapati Setiausaha Bahagian Warisan adalah antara orang kuat Warisan yang menentang pembinaan empangan Papar ini. Namun selepas menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri beliau segera menandatangani surat pelantikan kontraktor itu.

 Mengapa Shafie Apdal melantik Amarjit Singh. Jawapannya komisen projek. Baca sini

Amarjit Singh ke Korea?

Menurut sumber dalaman JANS yang boleh dipercayai selepas insiden pegawai SPRM mencari Amarjit di pejabatnya kini Amarjit dikatakan ke Korea buat sementara waktu.

Alasannya menyertai lawatan tetapi sebenarnya bersembunyi sebentar bagi meredakan isu.

Amarjit nampaknya sangat fobia dengan SPRM memandangkan beliau sebelum ini pernah direman SPRM kerana kes penyelewengan dana KKLW RM1.5 bilion bersama Shafie Apdal.

Pemergiannya ke Korea telah sedikit meredakan isu-isu di Jabatan Air Negeri.

Kini Amarjit Singh sudah kembali bertugas di pejabat JANS. Diharap SPRM membuat kunjungan semula kepadanya. SPRM wajar menyiasat keraguan projek pembinaan Empangan Papar yang mencurigakan ini.

 

 

9 Comments